Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Peminat Tak Puas Hati! Jerit ‘Boo’, Konsert RadjaWali Tiba-Tiba Dihentikan

Peminat Tak Puas Hati

Konsert Pentas RadjaWali Live in Malaysia yang berlangsung di Idea Live Arena, Damansara bertukar kecoh apabila penganjur terpaksa memberhentikan persembahan Wali Band tepat pukul 12 tengah malam tadi berikutan kekangan masa.

Penonton yang memenuhi gelanggang bersaiz 5,000 orang pada awalnya enggan berganjak namun akhirnya keluar dengan rasa kecewa dan marah.

Peminat Tak Puas Hati!

Difahamkan, kumpulan popular Indonesia itu ingin memenuhi permintaan peminat serta meminta maaf, namun tidak dapat berbuat demikian kerana kekangan permit dan perjanjian antara penganjur dan pengelola venue.

“Kami minta maaf kerana tidak dapat menyempurnakan semua lagu untuk peminat malam ini, ia di luar kawalan kami,” kata wakil Wali Band.

Situasi tegang berlaku selepas lagu Ada Gajah Di Balik Batu apabila pentas tiba-tiba digelapkan, mencetuskan kekeliruan penonton.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengumuman pengacara dan bekas penyampai radio, Isma Halil, bahawa konsert terpaksa dihentikan menyebabkan penonton menjerit dan melaungkan ‘boo’ sebagai tanda ketidakpuasan hati.

Artikel lain: KL Jadi Pilihan, Vijay Umum Tinggalkan Dunia Lakonan Di Hadapan Lebih 85,000 Peminat

Konsert mega itu menyaksikan rakan seperjuangan Radja memulakan persembahan mereka dengan 18 lagu dendangan, manakala Wali Band, yang terdiri daripada Faank (vokalis), Ovie (keyboard), Tommy (dram) dan Apoy (gitar) yang tidak hadir atas faktor kesihatan, sepatutnya menyampaikan 14 lagu popular mereka termasuk Yank dan Aku Bukan Abang Toyip.

Kali terakhir Wali Band membuat persembahan di Malaysia adalah pada Konsert Jiwa Kacau di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Jun 2025. Tiket konsert malam tadi dijual pada harga bermula RM177 hingga RM977.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Threads nafa.stories

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Dunia

Indonesia merancang untuk menghantar jururawat ke Malaysia susulan perkembangan pesat hospital swasta di negara ini, menurut Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Mohammad Iman Hascarya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd