Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pemilik Restoran Jual Sotong Manis RM50 Mohon Maaf, Nafi Tuduhan Tak Pamer Harga

Selepas tular di media sosial atas dakwaan menjual lauk sotong manis dengan harga RM50, individu dipercayai pemilik restoran berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook.

Pemilik Restoran Mekar, Noeylz Hashim memohon maaf kepada pihak yang tidak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan kepada mereka sebelum ini.

Jelasnya, pihak restoran turut terpalit dengan kos bahan mentah yang semakin meningkat pada masa ini. Namun, tetap bersyukur dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan sepanjang lebih 30 tahun beroperasi di Wisma Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

“Kami dengan rendah hati memohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan harga makanan kami yang tidak dapat kami elakkan, berikutan kos bahan mentah yang semakin meningkat,”jelasnya dalam hantaran di laman Facebook Noeylz Hashim, hari ini.

sotong manis

Bagaimanapun, dia menafikan dakwaan tidak mempamerkan harga dengan jelas di mana pihaknya telah pun meletakkan harga dari RM20 hingga RM100 bagi seekor sotong manis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, harga sotong tersebut juga mengikut saiz dan ia hanya boleh didapati menerusi tempahan khas.

“Harga sotong manis adalah sekitar RM38 ke atas untuk sekilogram. Kuantiti sotong untuk sekilogram hanya sekitar 2 hingga 3 ekor sahaja.
“Hanya yang dinyatakan belum termasuk bahan-bahan masakan yang lain,”jelasnya lagi.

Menurutnya, perbelanjaan lain juga harus diambil kira termasuk sewa kedai, gaji pekerja dan lain-lain.

Tegasnya, mereka tidak pernah memaksa pelanggan untuk mengambil lauk di luar kemampuan masing-masing kerana masih banyak pilihan lauk lain disediakan di restoran terbabit.

sotong manis

Artikel lain: Padah Kuasa Tular! KPDN Sabah Terjah Restoran Jual Sotong Manis RM50 Seekor

Sumber: FB Noeylz Hashim

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Baru-baru ini tular seoarang lelaki mencuri perhatian ramai apabila mengulas berkenaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza. Hanya sekadar lakonan Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd