Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pelancong Malaysia Berjaya Selesaikan Misi Running Man Raih Perhatian – “Satu Dunia Kenal Kau Sis!”

Detik spontan dua pelancong Malaysia dalam rancangan hiburan Korea Selatan, Running Man, tiba-tiba menjadi tular. Semuanya gara-gara mereka berjaya membantu ahli rancangan menyelesaikan misi dengan begitu mudah.

Pada mulanya, ahli Running Man sempat bertanya sama ada mereka boleh berbahasa Korea. Jawapan yang diterima agak mengecewakan kerana kedua-duanya hanya tahu perkataan asas sahaja.

running man

Situasi itu membuatkan ahli Running Man kelihatan hampir berputus asa, bimbang cabaran tidak dapat diteruskan.

Walaupun begitu, pelancong Malaysia berkenaan tidak mudah mengalah. Mereka tetap cuba berkomunikasi dan bertanya tentang misi yang sedang dijalankan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Mat Salih Beli Mesin Pengisar Dari Malaysia, Kayuh Basikal Jual Ais Kacang Di Sweden

Usaha itu akhirnya memberi peluang kepada mereka untuk mencuba.

Ketika giliran tiba, Song Ji Hyo menyebut perkataan ‘Gangnam’, tanpa ragu, salah seorang daripada mereka terus menyambung dengan jawapan tepat, ‘Namdaemun’.

running man

Detik itu mencetuskan sorakan gembira daripada semua ahli Running Man kerana misi berjaya diselesaikan dengan mudah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih mencuit hati, Song Ji Hyo sempat bertanya bagaimana mereka tahu tentang ‘Namdaemun’, dan dengan spontan, pelancong Malaysia itu menjawab bahawa tempat tersebut memang ada dalam senarai lokasi yang mereka mahu lawati sepanjang percutian di Korea.

Jawapan ringkas itu mencetuskan gelak tawa dan menambahkan lagi keceriaan suasana.

running man

Klip berkenaan mula tular selepas dimuat naik di Threads oleh pengguna @amirahyusoffff dengan kapsyen,

“One of the random moment in our trip. Tapi otak loading betul sebab tgh process betul ke Song Ji Hyo depan mata ni. Yihh, dah bwk nama Malaysia masuk Running Man.” tulisnya.

Sejak itu, perkongsian berkenaan terus meraih perhatian ramai. Rata-rata warganet teruja dan berasa bangga apabila pelancong Malaysia mendapat peluang muncul dalam rancangan hiburan Korea yang popular di seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bangga jadi rakyat Malaysia

Kalau i reply mesti ‘Gangnam Style’

Malaysia mendoniaa

Sumber: Thread @amirahyusoffff

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd