Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pakai Baju Ayat Solidariti, Pelakon Malaysia Ditahan Di Arab Saudi

Pelakon dan model tanah air, Mutalib Mubin, berdepan pengalaman mendebarkan apabila ditahan pihak berkuasa Arab Saudi ketika mengiringi rombongan jemaah umrah baru-baru ini.

Pelakon Malaysia di tahan 24 jam

pelakon malaysiaFoto: IG @mutalibmubin

Pelakon dan model itu berkongsi pengalaman mencemaskan apabila ditahan pihak berkuasa Arab Saudi gara-gara memakai baju t-shirt bertulis Save Palestine yang turut memaparkan karikatur Hamas, pada 19 September lalu.

Artikel lain: FFCxTMTG: Aktivis Malaysia Dikasari, Diberi Layanan Tidak Berperikemanusiaan

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Mutalib, 34, memaklumkan dia ketika itu sedang bertugas sebagai petugas agensi pelancongan dan umrah, mengiringi sekumpulan jemaah dari Malaysia ke Tanah Suci sejak 12 September lalu.

“Saya tak cetuskan provokasi sebab pakai baju tu. Tapi perkara dah berlaku, jadi saya ambil sebagai pengajaran untuk lebih cakna dengan undang-undang negara luar,” tulisnya.
pelakon malaysia

Foto: IG @mutalibmubin

Memetik dari Harian Metro, Mutalib yang sinonim dengan watak antagonis dalam filem Badang berkata, kejadian berlaku ketika dia ingin menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram.

“Hari tu saya pakai kain ihram, tapi risau aurat terdedah masa solat, saya sarung baju ‘Save Palestine’. Sementara tunggu khutbah, saya duduk berteduh dan bersembang dengan seorang individu sebelum sekumpulan polis datang ambil gambar saya,” katanya.

Tidak lama kemudian, Mutalib dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan diminta membuka baju tersebut sebelum ditahan di lokap selama hampir dua jam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: IG @mutalibmubin

“Lepas dua jam tunggu, saya belum dipanggil. Malah, kaki saya digari dan dibawa keluar menaiki pacuan empat roda tanpa tahu ke mana arah tuju. Saya tak pandai cakap Arab, mereka pula tak faham bahasa Inggeris. Jadi saya ikut saja,” ujarnya.

Pelakon itu memaklumkan dia akhirnya dibawa semula ke balai polis dan ditahan sehingga ke pagi esoknya. Setelah disoal siasat oleh pegawai penyiasat, barulah dia dibebaskan pada jam 11 pagi, 20 September.

“Isteri saya pun ikut sama ke Tanah Suci dan bantu urusan saya di balai polis. Pegawai beritahu tentang larangan memakai baju ada bendera atau simbol tertentu. Saya tak tahu langsung, ingatkan tak salah,” jelasnya.

Foto: IG @mutalibmubin

Selepas dibebaskan, Mutalib terus ke hotel untuk bersiap pulang ke Malaysia bagi mengejar penerbangan jam 4 petang. Namun begitu, dia tidak sempat menemui semula beg berisi barangan peribadinya yang hilang di balai polis.

Pelakon itu menganggap kejadian yang menimpanya sebagai pengajaran besar untuk lebih berhati-hati dan menghormati undang-undang negara luar, terutama ketika berada di Tanah Suci.

“Niat saya cuma nak tunjuk sokongan terhadap Palestin, bukan nak timbulkan provokasi. Apa pun, saya reda dan ambil ini sebagai pengalaman, tambahnya.

Sumber: Instagram @mutalib

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Baru-baru ini tular seoarang lelaki mencuri perhatian ramai apabila mengulas berkenaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza. Hanya sekadar lakonan Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd