Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Baru Sebulan Kehilangan Bapa, Pelajar Yatim Piatu Heret Beg Daftar UUM Seorang Diri

Seorang pelajar yatim piatu, Putera Iman Shah Shahiran, 19, hadir mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) hanya seorang diri selepas kehilangan kedua ibu bapa tercinta.

Pelajar yatim piatu baru kehilangan bapa

Menerusi hantaran yang dibuat Facebook rasmi UUM, Putera dengan langkah longlai bersama beg hitam besar terseret di tangan dan dua beg sandang di bahu kiri kanan telah menuruni tangga Stesen Kereta Api Arau jam 12.15 tengah hari.

Ibunya, Khatijah binti Mohd Rashid telah  meninggal dunia ketika dia baru di Tingkatan 1 pada 2019.

Ayahnya Shahiran Pake Chi, 57, pula pergi menghadap Ilahi dalam tidur, hanya beberapa minggu sebelum beliau menjejakkan kaki ke menara gading.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelajar yatim piatu seret beg seorang diri turun tangga stesen kereta api

Dia yang berdiri seorang dri di stesen tersebut hanya melihat sahaja pelajar lain disambut ibu bapa dengan pelukan hangat.

Manakala, dia sekadar menggenggam erat beg besar, dengan niat memanggil Grab untuk ke UUM.

Hadir tanpa waris, dijemput kakitangan Inasis SME Bank UUM

Namun, Allah mengatur takdir yang lebih indah. Kakitangan Inasis SME Bank UUM sudah menantinya di stesen, dihantar khas atas arahan Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Mohd Foad Sakdan yang tersentuh dengan kisah anak tunggal itu.

Tepat jam 12.59 tengah hari, saat akhir pendaftaran, Putera akhirnya dibawa ke kampus Sintok menyertai ribuan pelajar baharu lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Awalnya saya rasa hilang arah. Saya tak tahu nak buat apa, tak tahu siapa yang boleh saya harapkan.
Tetapi apabila ada kakitangan UUM datang menjemput, saya rasa lega, seolah-olah ada keluarga yang menyambut saya.
Terima kasih atas hospitaliti UUM,” katanya sambil mengesat air mata.

Bersyukur diberi bilik untuk berteduh

Setibanya di Inasis SME Bank, Putera terus dibantu mendaftar dan diberi kunci bilik penginapan di Blok B.

“Walaupun panas terik di luar, bila saya masuk ke blok, saya terkejut kerana sejuk seperti dalam bangunan berhawa dingin.
Bilik itu ada dua katil, saya pilih katil di sebelah kanan. Bagi saya, itu lebih daripada cukup. Saya amat bersyukur,” ujarnya penuh rasa syukur.

pelajar yatim piatu

Artikel lain: Imam Mohamad Afif Dinobat Pelajar Terbaik Sarjana Kejuruteraan University of Manchester

Kini, Putera bergelar mahasiswa Sarjana Muda Pemasaran dengan pencapaian cemerlang CGPA 3.71 dari Kolej Matrikulasi.

Walaupun kehilangan tempat bergantung, beliau tetap memilih untuk bangkit, menjadikan pendidikan sebagai bekalan masa depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“ Ada juga masyarakat setempat yang menghurlurkan sedikit derma dan ada sedikit wang yang dikumpul ketika saya bekerja selepas habis matrikulasi,” katanya tentang persediaan belanja.

Bagi pelajar terbabit, perjalanan dari Arau ke Sintok bukan sekadar langkah fizikal, tetapi perjalanan jiwa – daripada duka menuju harapan, daripada kehilangan menuju permulaan baharu.

Semoga terus gigih belajar dan mengejar cita-cita yang diimpikan.

Sumber: Facebook Universiti Utara Malaysia (UUM) (Kori Arif)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama pempengaruh dan usahawan, Addy Kana kembali menjadi sebutan selepas majlis akikah anak bongsunya mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini. Addy Kana persoal...

Politik

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar mendedahkan lebih 30 tahun pentadbiran PAS di Kelantan yang bebas daripada skandal rasuah besar dijadikan sebagai bukti...

Sukan

Kelab DPMM FC dari Brunei menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain terkaya dunia, Faiq Bolkiah, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Pemain...

Lokal

Insiden pesawat tempur F/A 18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas pada 21 Ogos lalu disahkan berpunca daripada burung bangau paya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd