Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Warga Hat Yai Prihatin, Masak Untuk Pelajar & Pensyarah UUM Terkandas Banjir

Hujan tanpa henti sejak beberapa hari lalu menukar bandar pelancongan terkenal Hat Yai menjadi lautan mini apabila limpahan air memenuhi jalan utama, kawasan membeli-belah dan lokasi tumpuan pelancong.

banjir

Foto: FB UUM

Keadaan itu mencetuskan suasana kelam kabut, bukan sahaja buat penduduk tempata, malaha turut memberi kejutan kepada pelancong yang berada di kota tersebut. Pelbagai rakaman dan foto yang tular di media sosial menunjukkan betapa seriousnya situasi di beberapa kawasan.

Artikel lain: “Semoga Tempuh Cabaran Dengan Selamat” – Manchester United Titip Nasihat Buat Mangsa Banjir Di Malaysia

Bukan itu sahaja, peningkatan paras air menyebabkan ramai pelancong terkandas di hotel masing-masing kerana tidak mampu keluar ke kawasan lain. Antara yang terjejas teruk ialah 40 pelajar bersama empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berada di Hat Yai untuk urusan akademik.

banjir

Foto: FB UUM

Menerusi hantaran di Facebook rasmi UUM, warga Hat Yai dilaporkan mengambil inisiatif membantu mereka yang terkandas. Penduduk setempat menyediakan bubur nasi sebagai sarapan kepada pelajar dan pensyarah UUM yang menginap di Wangburapa Grand Hotel.

“Terima teramat kasih buat warga Hatyai budiman yang sudi memasak bubur nasi untuk makan pagi pelajar dan pensyarah UUM di Wangburapa Grand Hotel, 25 November 2025. Jasamu tetap kami kenang seumur hidup.” tulisnya.

Sementara itu, keadaan banjir terus memburuk apabila paras air naik sehingga ke tingkat satu hotel tersebut, menyebabkan operasi menyelamat menjadi sukar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut wakil pelajar, Mimi Nadzirah Afiqah Md Suhaimi, arus deras pada jam 8.18 pagi (waktu Thailand) menyukarkan bot penyelamat memasuki kawasan mereka.

banjir

Foto: FB UUM

Dia berkata, keadaan semua pelajar dan staf masih terkawal. Namun, mereka kini bergantung sepenuhnya kepada air hujan untuk mandi dan keperluan asas lain.

Bekalan makanan pula terhad, dan setakat ini hanya disalurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

“Kami benar-benar berharap ada bantuan tambahan, terutama dari segi bekalan makanan. Setakat ini hanya pihak konsulat yang membantu,” katanya.
banjir

Foto: FB UUM

Mimi menambah bahawa kekangan logistik akibat banjir menyukarkan penghantaran sebarang bantuan tambahan.

Susulan itu, mereka merayu agar lebih banyak bantuan dapat disalurkan segera memandangkan situasi semakin meresahkan.

banjir

Foto: FB UUM

Dalam kenyataan berasingan, UUM memaklumkan bahawa operasi pemindahan banjir terpaksa ditangguhkan berikutan hujan lebat yang masih berterusan.

Keputusan dibuat berdasarkan laporan semasa pihak berkuasa tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook @Universiti Utara Malaysia (Official FB)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Lokal

Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia maut selepas disengat obor-obor ketika mandi di Pantai Cenang, Langkawi pada Sabtu lalu. Memetik laporan daripada Harian Metro, mangsa,...

Nasional

Barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran lebih peka terhadap sebarang perubahan tingkah laku, tekanan emosi dan gejala kemurungan dalam kalangan warga pasukan. Menurut...

Sosial

Anak kepada pelakon Fazren Rafi menjadi perhatian warganet apabila gelagatnya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran sains. Menerusi perkongsian di Threads, Fazren...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd