Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Iman Mohamad Afif Dinobat Pelajar Terbaik Sarjana Kejuruteraan University of Manchester

Seorang pelajar Malaysia, Iman Mohamad Afif, mencatat sejarah membanggakan apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi program Sarjana Kejuruteraan (Kejuruteraan Kimia dengan Tenaga dan Alam Sekitar) di University of Manchester, United Kingdom.

Pejabat MARA London dan Ireland dalam satu kenyataan berkata, Iman berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang Kepujian Kelas Pertama.

Pelajar terbaik

Pelajar terbaik

Apa yang lebih membanggakan, bekas penuntut Kolej MARA Banting itu juga pernah muncul juara dalam pertandingan Pertandingan Debat Intelektual Manchester kategori Bahasa Inggeris pada tahun 2024.

Kejayaan Iman dianggap sebagai hasil daripada dedikasi, disiplin serta semangat juang yang tinggi, sekali gus menjadi simbol inspirasi kepada generasi muda bahawa dengan usaha gigih dan sokongan yang tepat, impian besar mampu direalisasikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Netizen Puji Pelancong Malaysia, Berani ‘Sound’ Peniaga Cuba Tipu Timbangan Buah

Pelajar terbaik

Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, malah menjadi contoh teladan kepada pelajar lain untuk terus mengejar kecemerlangan.

Untuk makluman, Universiti Manchester kini menduduki kedudukan ke-34 di peringkat dunia dalam QS World University Rankings 2025 dan berada di tangga ke-6 dalam kalangan universiti di United Kingdom.

Sumber: Facebook @Pejabat MARA London & Ireland 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta kediaman rasmi seorang pegawai kanan Tentera Darat, kelmarin, dalam siasatan...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluahkan kekesalan terhadap sikap segelintir individu yang membuang sampah merata-rata sehingga menjejaskan tahap kebersihan serta imej bandar raya Kuala...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (Polis Diraja Malaysia) menahan dua individu bagi membantu siasatan susulan penularan rakaman video memaparkan seorang individu memakai tudung sambil minum minuman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd