Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Tahfiz UPSI Jadi Imam Sempena Ramadan Di Oxford

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi mencipta pencapaian membanggakan apabila lima wakilnya dipilih untuk berkhidmat sebagai imam menerusi Program Qari in Residence sepanjang Ramadan tahun ini di United Kingdom, Australia dan Singapura.

Menurut laporan Buletin TV3, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, kepercayaan yang diberikan oleh institusi Islam di luar negara itu mencerminkan kualiti serta kredibiliti graduan tahfiz keluaran universiti berkenaan, sekali gus mengangkat nama UPSI di peringkat antarabangsa.

Foto: Buletin TV3

Menurut beliau, pengiktirafan tersebut membuktikan UPSI bukan sahaja berperanan sebagai institusi pendidikan guru, malah turut berupaya melahirkan huffaz profesional yang kompeten dan diyakini di pentas global.

“Saya berasa amat terharu apabila pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahfiz al-Quran dan Qiraat dengan Pendidikan, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Adib Farhan Baharudin terpilih menjadi imam di Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom.
“Ia merupakan satu penghormatan luar biasa serta peluang berharga untuk pelajar UPSI memantapkan keperibadian dan sahsiah sebagai pelajar tahfiz,” katanya.

Foto: Facebook Persatuan Tahfiz Qiraat Upsi

Md Amin berkata, program yang berlangsung dari 16 Februari hingga 21 Mac itu bukan sahaja menjadi kebanggaan UPSI, malah menyerlahkan keupayaan institusi pendidikan tempatan untuk memainkan peranan signifikan dalam memperkasa serta menyebarluaskan ilmu al-Quran di peringkat antarabangsa.

Selain Adib Farhan, seorang lagi wakil, Ahmad Al Mustafa Mohd Azmi, menggalas tanggungjawab sebagai imam di Malaysian Hall Perth, Australia.

Sementara itu, Wan Muhammad Irsyad Wan Zulkifli bersama Muhd Farhan Hakimi Khairul Aizam pula ditempatkan di Masjid al-Ghufran, Singapura bagi sepanjang tempoh program berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Guru Tahfiz yang juga Penasihat Persatuan Tahfiz UPSI, Ah-Luqman Al-Hakim Che’ Zahari turut menerima kepercayaan untuk mengimamkan solat di Masjid Dar al-Iman serta Malaysian Hall Sydney, Australia sepanjang Ramadan ini.

Tambah Md Amin, penyertaan pelajar dan pegawai universiti di peringkat antarabangsa bukan sahaja memperkukuh pengalaman mereka dalam bidang keagamaan, malah menjadi platform penting untuk memantapkan kemahiran kepimpinan, komunikasi dan pemahaman terhadap kepelbagaian budaya masyarakat Islam global.

“Ia selari dengan aspirasi universiti untuk melahirkan modal insan holistik yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berperanan sebagai duta ilmu, sahsiah dan nilai Islam,” tambahnya.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan akan mengadakan perjumpaan bersama pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang, susulan tindakan penguatkuasaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd