Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Alami Masalah Tulang Sejak Kecil, Pelajar OKU Sanggup Naik Bot Pergi Sekolah Setiap Hari

Demi mendapatkan pendidikan, seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) sanggup menaiki bot setiap hari dari Kampung Pulau Tongkang ke sekolah meskipun berdepan keterbatasan fizikal akibat masalah tulang sejak kecil.

Siti Nur Najwa Zulkifli, 19, yang mengalami masalah tumbesaran tulang tetap hadir pada hari pertama persekolahan dengan penuh keterujaan sebelum meneruskan perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Beluru, Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11).

Ibu pelajar itu, Siti Rashidah Mamat, 49, berkata anak kedua daripada lima beradik itu juga pernah mempunyai seorang adik OKU yang telah meninggal dunia pada 2021, Allahyarham Muhammad Idham.

Pelajar OKU sanggup naik bot

Pelajar OKU sanggup naik bot

Foto: Bernama

“Siti Nur Najwa mula mengalami masalah tulang ketika berusia dua tahun apabila berat badannya tidak bertambah, menyebabkan tulang tangan, belakang, kaki dan betis membengkok. Beliau hanya mampu mengengsot sebelum boleh berjalan pada 2014.
“Beliau memiliki kad OKU dan masih mendapatkan rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk pengambilan kalsium,” katanya ketika ditemui di SMK Pulau Beluru di sini hari ini.

Siti Rashidah berkata anakya yang mempunyai berat 15 kilogram dan tinggi 90 sentimeter kini mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) peringkat menengah, dengan kemahiran dipelajari termasuk menulis, memasak dan latihan pertuturan walaupun sebutannya masih terbatas.

Artikel lain: Hari Pertama Persekolahan, Pelajar Tingkatan 3 Maut Dirempuh Kereta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

Beliau berkata Siti Nur Najwa perlu menaiki bot dengan tambang RM3 pergi balik, dan jika ketiga-tiga ananya bersekolah, kos meningkat kepada RM9 sehari, menyebabkan kehadiran anaknya bergantung pada tahap kesihatan.

“Siti Nur Najwa sebenarnya pandai menulis, cuma sukar menyebut perkataan. Beliau juga mudah menangis kerana malu apabila diperhatikan banyak orang.
“Kami tidak membeli baju sekolah baharu untukya kerana pakaian lama masih elok. Hanya dua adiknya kami belikan baju baharu memandangkan suami saya, Zulkifli Mustafa, 47, bekerja sebagai nelayan dan elaun OKU yang diterimanya hanya RM1,800 setahun,” katanya.

Beliau berkata pihak sekolah banyak membantu termasuk mengiringi Siti Nur Najwa ke tandas serta memastikan kebajikannya terjaga manakala di rumah keluarga menguruskan makan minum kerana anaknya sukar mencapai makanan sendiri.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Dunia

Indonesia merancang untuk menghantar jururawat ke Malaysia susulan perkembangan pesat hospital swasta di negara ini, menurut Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Mohammad Iman Hascarya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd