Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peguam Dakwa Siasatan Kematian Zara Qairina Pincang, Bukti Penting Tidak Diambil

Pasukan peguam yang mewakili ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir mendakwa wujud kelemahan dan kepincangan serius dalam laporan siasatan yang telah diterima Jabatan Peguam Negara.

Menurut laporan Sinar Harian, dalam kenyataan bersama, peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri berkata, siasatan yang dijalankan disifatkan terlalu sempit skopnya serta mengetepikan beberapa faktor penting.

peguam

Foto: Sinar Harian

Artikel lain: Peguam Dedah Pakaian & Barang Zara Qairina Belum Diambil Polis, Dakwa Kertas Siasatan Tidak Lengkap

“Antaranya, tiada bedah siasat dilakukan terhadap jenazah Zara Qairina sebelum pengebumiannya.
“Malah, pakaian dan barangan peribadi yang dipakai ketika ditemui di bawah bangunan asrama pada 16 Julai lalu juga tidak diambil oleh pihak polis untuk tujuan siasatan.
“Keterangan anak guam kami mengenai kesan lebam di bahagian belakang tubuh Zara Qairina hanya diambil pada petang 3 dan 4 Ogos di Balai Polis Sipitang,” katanya.

Menurut mereka, ketiadaan laporan bedah siasat dan pengambilan barang bukti berpotensi menjejaskan keberkesanan siasatan.

peguam

“Pihak polis dipercayai tidak memiliki bahan bukti mencukupi untuk menyiasat kes ini secara menyeluruh. Tambahan pula, siasatan terikat dengan kekangan masa kerana laporan telah dihantar ke Putrajaya pada 4 Ogos,” ujarnya.

Kenyataan itu merujuk kepada pengumuman Jabatan Peguam Negara pada Isnin bahawa mereka telah menerima laporan penuh siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kematian pelajar berusia 14 tahun itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
peguam

Foto: Sinar Harian

Allahyarham Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, pada 16 Julai lalu. Pasukan peguam tersebut mewakili ibunya, Noridah Lamat, 45, yang menuntut siasatan telus dan menyeluruh terhadap insiden berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Sosial

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal muncul calon pertama yang dipilih untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama misi Sumud...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd