Seorang wanita tak sangka selebriti terkenal, Hael Husaini dan Meerqeen merupakan antara individu yang membantunya ketika panik selepas tayar kereta dipandunya memasuki lubang dan sukar untuk bergerak.
Tayar kereta masuk lubang
Menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai Myusinah, dia telah memuat naik rakaman Hael dan Meerqeen bersama kru pengambaran datang menghampiri kenderaannya bagi memberikan bantuan.
“Dugaan bulan puasa. Tayar kereta masuk lubang tepi jalan.
“Tapi yang datang tolong tu Meerqeen, Heal Husaini dan juga kru pengambaran,” tulisnya ringkas.
Meerqeen, Hael & kru bantu keluarkan tayar
Dapat dilihat suasana yang agak kecih apabila masing-masing memberhentikan pengambaran dan bergerak membantu mengeluarkan tayar kereta daripada lubang tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, Hael telah mempertanyakan keadaan wanita tersebut dan berharap agar semuanya selamat.
Artikel lain: Wanita Hilang Ditemui Selamat, Kembali Melawat Suami Di Wad Hospital
Walaupun ditimpa ujian tapi tetap bertuah
Rata-rata warganet menyatakan bahawa wanita terbabit bernasib baik dapat bertemu selebriti-selebriti terbabit walaupun berdepan situasi yang agak membimbangkan.
Kira rezeki juga ke macam mana?
Jumpa Hael & Meerqeen dalam keadaan aib pula
Sumber: TikTok Myusinah







































