Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang didakwa merendahkan reputasi bisnes produk kunafa miliknya.
Ojen Aiwah saman Tareq Fit
Dalam satu hantaran di Instagram, Ojen atau nama sebenarnya Zain Rosli memaklumkan bahawa Tareq mengkritik produknya sebagai ‘mengarut’ yang telah menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat dan menyebabkan kecaman.
Dia menegaskan bahawa tindakan saman itu bukan kerana isu peribadi, tetapi kerana kritikan tersebut telah menyentuh bisnesnya secara langsung.
Menurut Ojen, apa yang bermula sebagai teguran sepatutnya diterima dengan hati terbuka, malah mengaku cuba berubah perlahan-lahan tetapi apabila teguran itu berubah menjadi serangan terbuka dan fitnah, ia tidak dapat diterima lagi.
“Aku dah serahkan kepada peguam dan pegawai polis, aku takkan cakap benda ni dua kali. Aku akan saman kau dan kerakyatan kau akan ditarik balik.
“Aku bukan saman dia sebab isu peribadi, tapi sebab dia sentuh Kunafa Aiwahhh. Sebabkan dia tegur aku lah, aku terima teguran aku cuba berubah sikit sikit perlahan-lahan dari pakai serban ke pakai topi.
“Ingat aku robot ke? Jangan nak menekan akulah. Aku pun ada hati dan perasaan. Dari kononnya teguran berubah menjadi fitnah, siap kecam Kunafa Aiwahhh kata kunafa mengarut,” katanya.
Ojen turut mendedahkan bahawa sepanjang tahun lalu, dia dan pihak peguam telah mengumpulkan bukti berhubung dakwaan tersebut sebelum membuat keputusan untuk bertindak.
Selain isu bisnes, Ojen turut mengkritik tindakan Tareq yang didakwa sering menyerang pelbagai pihak di media sosial termasuk artis serta penggiat industri kecergasan lain kononnya atas alasan menegakkan gaya hidup sihat dan membela pengguna.
Namun dakwa Ojen, kritikan tersebut dilihat mempunyai kepentingan peribadi termasuk promosi e-buku Tareq sendiri.
“Belum cerita semua yang ada nama semua artis kau serang. Atas tiket ‘muslim’ segala abang abang gym semua kau hentam sebab katanya menipu consumer jual supplements.
“Kau tegakkan REAL FOOD kau. Rupanya nak jual E- Book kau tu. Kau cakap ‘aku nak bantu rakyat Malaysia’, pergi jahanam dengan ayat kau tu,” ujarnya.
Malah, Ojen mengingatkan bahawa walaupun Tareq mendakwa ingin membantu rakyat Malaysia dan menegakkan kebenaran, tindakan mengkritik perniagaan orang lain secara terbuka dengan kata-kata menghina adalah tidak wajar.
Artikel lain: Obesiti Pada Usia Kanak-Kanak, Bapa Kepada Abang Aji Ditegur Agar Kawal Pemakanan Anak
Dia menegaskan bahawa dirinya sendiri membayar zakat dan cukai tahunan serta sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak menyokong sebarang serangan terhadap perniagaan tempatan tanpa asas yang jelas.
“Aku yang kau kecam ni, bayar zakat tiap-tiap tahun. Bayar tax LHDN ratusan ribu, Kau berguna tak? TIN KOSONG. Takpe rakyat Malaysia boleh bantu rakyat Malaysia.
“Kami tak perlukan orang luar macam kamu. Kucar kacir semua jadinya. Kau rasa dalam Malaysia ni semua makanan tak sihat, sila berambus dari Malaysia,” tegas Ojen.
Sumber: Instagram Ojen Aiwah







































