Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Nilai Skuad Pasaran Harimau Malaya Melonjak Dari RM34 Juta Ke RM57.8 Juta

Nilai pasaran keseluruhan pemain skuad Harimau Malaya mencatat peningkatan ketara selepas penyertaan beberapa pemain warisan baharu ke dalam pasukan kebangsaan.

Harimau Malaya bernilai RM57.8 juta

Menurut laporan Harian Metro, mengikut data laman statistik bola sepak antarabangsa, transfermarkt.com, skuad Harimau Malaya kini dianggarkan bernilai RM57.8 juta, melibatkan 22 pemain yang disenaraikan dalam laman berkenaan.

Antara penyumbang utama lonjakan nilai ini ialah pemain warisan baharu, Imanol Machuca yang kini menjadi pemain termahal Harimau Malaya.

Harimau Malaya

Foto: Carian Google

Beraksi bersama kelab Argentina, Velez Sarsfield, Machuca dianggarkan bernilai RM12.3 juta.

Turut berada dalam senarai pemain termahal ialah penyerang Joao Figueiredo dan pertahanan Facundo Garces, masing-masing dengan nilai pasaran RM9.85 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua pemain ini berkongsi kedudukan sebagai pemain kedua termahal dalam skuad negara.

Artikel lain: Harimau Malaya Berjaya Sertai CAFA, Bakal Berdepan Pasukan Layak Ke Piala Dunia

Dua lagi pemain warisan, Dion Cools yang kini menyertai Cerezo Osaka di Jepun serta Rodrigo Holgado dari kelab America de Cali di Colombia, turut berada dalam kelompok lima pemain teratas dengan nilai pasaran RM4.9 juta dan RM3.9 juta.

Sementara itu, pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi kekal sebagai pemain tempatan paling bernilai dengan nilai pasaran RM3.2 juta, menduduki tempat kelima secara keseluruhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaliknya, nilai pasaran Jon Irazabal menurun kepada RM2.95 juta, menjadikannya sedikit di bawah Arif Aiman.

Harimau Malaya

Foto: Harian Metro

Penurunan ini direkodkan berdasarkan kemas kini laman berkenaan pada 9 Jun lalu, sehari sebelum Irazabal melakukan penampilan sulung bersama skuad negara menentang Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Turut mengalami penurunan ialah pemain tengah Hector Hevel, yang kini bernilai RM1.97 juta berbanding RM2.2 juta pada Disember tahun lalu.

Untuk rekod, nilai pasaran skuad Harimau Malaya pada Mac lalu adalah sekitar RM34 juta membabitkan 27 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Peter Cklamovski bagi menghadapi aksi pertama Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim.

Harimau Malaya

Foto: Carian Google

Bagaimanapun, Malaysia masih jauh ketinggalan di belakang Indonesia yang kekal sebagai skuad termahal di rantau Asia Tenggara. Skuad Garuda kini bernilai RM171.7 juta walaupun menunjukkan sedikit penurunan berbanding RM177 juta pada Mac lalu.

Turut disenaraikan di belakang Indonesia dan Malaysia ialah Thailand (RM36.5 juta), Vietnam (RM29 juta) dan Filipina (RM24 juta), sekali gus mengukuhkan kedudukan Indonesia sebagai pasukan dengan nilai pasaran tertinggi di rantau ini, didorong oleh kehadiran ramai pemain warisan dalam pasukan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Zulfaizan Mansor)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun terhadap finalis MasterChef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Sulang dan bekas suaminya, Mohammad Ambree Yunos selepas...

Lokal

Seorang individu dikenali sebagai Tok Singa bersama tiga lagi pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas didapati...

Sosial

Hati anak mana yang tidak luluh apabila melihat ibu tersayang pulang dari ibadah haji dalam keadaan murung, hanya kerana dilayan buruk dan dipulau ketika...

Sosial

Seorang penyelam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen setelah dihadapkan dengan 11 pertuduhan berhubung meninggalkan komen jelik dan keterlaluan di Facebook terhadap anak Perdana...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd