Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Nidzam Jamil Letak Jawatan Sebagai Ketua Jurulatih – NSFC

Negeri Sembilan FC (NSFC) mengumumkan penerimaan surat peletakan jawatan ketua jurulatihnya, Nidzam Jamil yang berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi satu kenyataan, pihak pengurusan kelab memaklumkan bahawa mereka menghormati keputusan tersebut dan merakamkan penghargaan atas segala jasa serta sumbangan yang telah diberikan oleh Nidzam sepanjang mengemudi pasukan sejak awal musim ini.

“Pihak kelab ingin menzahirkan ucapan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh beliau sepanjang bersama pasukan daripada awal musim ini,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Dalam menghadapi fasa peralihan ini, NSFC memaklumkan penolong jurulatih, K. Rajan diberi kepercayaan penuh untuk memimpin skuad Jang sebagai ketua jurulatih Interim sehingga satu pengumuman lanjut dibuat.

Menurut pengurusan kelab, keutamaan ketika ini adalah untuk menstabilkan kembali pasukan, khususnya dari segi moral dan keyakinan pemain bagi memastikan baki saingan musim ini dapat diharungi dengan lebih tersusun dan kompetitif.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Fokus utama kelab dan barisan kejurulatihan pada ketika ini adalah untuk mengembalikan kestabilan serta moral pemain bagi mengharungi baki perlawanan musim ini,” jelas kenyataan berkenaan.

Dalam masa sama, NSFC turut menyeru para penyokong agar terus berdiri teguh di belakang pasukan dalam mengharungi cabaran semasa.

Sumber: Facebook NSFC

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Kejadian mengejutkan menggemparkan penduduk Lorong Cherating Damai, Kuantan apabila lima sekeluarga ditemui tak bernyawa di dalam sebuah rumah pagi tadi, dipercayai mempunyai unsur jenayah....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd