Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Netanyahu Dilapor Mahu Tutup Operasi Stesen Al Jazeera Di Is**el

Parlimen Israel telah meluluskan undang-undang yang memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mengharamkan siaran saluran televisyen termasuk Al Jazeera, rangkaian yang dimilik Qatar.

Menurut laporan BBC News, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu melalui platform X miliknya berkata, beliau akan “bertindak segera” untuk menutup pejabat tempatan rangkaian tersebut.

 

Foto: Google

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Al Jazeera tidak akan lagi disiarkan dari Israel,” katanya.

Beliau juga memberitahu Parlimen Israel, Knesset telah meluluskan rang undang-undang membenarkan rangkaian asing yang dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara diharamkan untuk tempoh “sementara.”

Netanyahu juga berkata, larangan itu akan dilaksanakan dalam tempoh 45 hari pada satu masa yang boleh diperbaharui dan undang-undang tersebut juga akan terus berkuat kuasa sehingga Julai atau sehingga tamat pertempuran di Gaza.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) yang juga sekutu Israel berasa bimbang dengan keputusan kerajaan itu berikutan wartawan asing selain wartawan dari Al Jazeera dilarang memasuki Gaza.

“Hanya kakitangan Al Jazeera yang berpangkalan di wilayah konflik itu satu-satunya wartawan yang berpeluang membuat liputan mengenai perang antara Israel dan pasukan pejuang Hamas di lapangan,” katanya.

Foto: MiddleEastEye

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller berkata, negara itu akan ‘terus menjelaskan’ kepada sekutunya, Israel bahawa ia menyokong ‘tugas-tugas yang dilakukan oleh media bebas bebas’ termasuk Al Jazeera.

“Kami fikir kerja yang dilakukan oleh media bebas adalah penting di seluruh dunia dan kebanyakan perkara yang kami tahu tentang apa yang telah berlaku di Gaza adalah kerana wartawan yang berada di sana melakukan tugas mereka, termasuk wartawan dari Al Jazeera,” ujarnya.

Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre turut menyatakan kebimbangannya terhadap larangan oleh kerajaan Israel mengenai pengharaman operasi Al Jazeera.

Untuk makluman, Al Jazeera pertama kali dilancarkan pada 1996 dan menggegarkan landskap media di Asia Barat dengan menyiarkan kritikan terhadap kerajaan dan pemerintah di rantau itu dan merupakan saluran berita Arab pertama yang menampilkan ahli politik dan pengulas Israel di udara.

Foto: BBC News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pegawai Israel menuduh Al Jazeera berat sebelah dan anti-Israel sekali gus mempunyai hubungan rapat dengan Hamas, malah kritikan tersebut semakin meningkat sejak berlakunya serangan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Al Jazeera pula menuduh Israel sengaja menyasarkan kakitangannya apabila wartawan stesen itu termasuk Hamza Al-Dahdouh, anak kepada ketua biro Al Jazeera Gaza Wael Al-Dahdouh terbunuh dalam serangan Israel.

Sumber: BBC News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Lokal

Tular di media sosial apabila seorang suami terkejut mendakwa terpaksa berkongsi kasih dengan lelaki lain apabila mengetahui dirinya telah dimadukan. Kejadian yang berlaku di...

Sosial

Seorang wanita tidak menyangka suami yang pernah menyambut kelahiran enam daripada tujuh orang anak mereka sendiri tergamak berlaku curang dan mengkhianati kepercayaan yang diberi....

Sosial

Cikgu E atau nama sebenarnya, Nassry Mardee Bin Ismail dikhabarkan telah meninggal dunia sebentar tadi. Telah menghembuskan nafas terakhir Perkara itu dinyatakan menerusi akaun...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd