Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Namewee Lepas, Bebas Tuduhan Ambil Bahan Terlarang

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan penyanyi rap Wee Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee, daripada pertuduhan memberikan dadah ke dalam badannya.

Namewee lepas, bebas tuduhan

Menurut laporan Bernama, Majistret S.Arunjothy membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa memaklumkan bahawa keputusan patologi adalah negatif dan pihaknya menarik balik pertuduhan tersebut.

Arunjothy turut memerintahkan agar wang jaminan sebanyak RM2,000 dikembalikan kepada Namewee.

Terdahulu, peguam Joshua Tay berkata memandangkan laporan patologi adalah negatif, anak guamnya wajar dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Namewee lepas

Foto: Bernama

Namewee didakwa melakukan perbuatan itu di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 7.15 malam 22 Okt lepas mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara dua tahun serta pengawasan selama dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.

Artikel lain: Dijangkiti Influenza A, Namewee Tidak Hadir Sebutan Kes Bahan Terlarang

Bagaimanapun, beliau masih berdepan pertuduhan memiliki dadah disyaki jenis ekstasi seberat 5.12 gram di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay di sini pada 4.30 petang 22 Okt lepas mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, Namewee berdepan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta tidak kurang tiga sebatan dan maksimum sembilan sebatan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Trend menyewa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk pulang beraya semakin mendapat sambutan, apabila kebanyakan syarikat sewa kereta melaporkan semua unit mereka habis ditempah....

Sosial

Seorang wanita dikecam netizen di media sosial susulam membuat siaran langsung di platform TikTok sambil menunjukkan tingkah laku berahi. Buat aksi tidak senonoh dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd