Prosiding sebutan kes dadah membabitkan pengarah dan penyannyi rap, Namewee yang dijadualkan hari ini di Mahkamah Majistret ditangguhkan selepas tertuduh tidak dapat hadir kerana dijangkiti Influenza A.
Namewee terdapat dua pertuduhan
Menurut laporan Berita Harian, Peguam Namewee, Joshua Tay, memaklumkan bahawa anak guamnya tidak sihat.

Foto: Harian Metro
Penjaminnya hadir ke mahkamah dengan membawa sijil cuti sakit tiga hari daripada sebuah hospital swasta serta laporan perubatan yang mengesahkan jangkitan Influenza A.
Susulan itu, kedua-dua mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Disember ini dan 19 Januari tahun depan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Vivi’ Asnitha Zaina’ Larifin dan Izzat Amir Idham.
Artikel lain: Selepas Terpalit Dengan Kematian Pempengaruh Taiwan, Namewee Ditahan Positif Empat Jenis Bahan Terlarang
Mengikut pertuduhan pertama, Namewee didakwa memiliki dadah disyaki jenis ekstasi seberat 5.12 gram di bilik sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu.
Kesalahan ini boleh dihukum mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, di bawah Seksyen 39A(1), dengan penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengambil dadah jenis amphetamine, methamphetamine, 11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carbolic acid (THC) dan ketamin di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952
Kesalahan ini membawa hukuman denda tidak elebihi R5,000 atau penjara maksimum dua tahun, serta pengawasan antara dua hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.
Sumber: Harian Metro (Ahmad Johari Mohd Ali)







































