Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Agih RM40,000 Kepada Institusi Kebajikan, YWM Santuni 91 Anak Yatim Dan Kurang Berkemampuan

Sempena Bulan Wakaf Kebangsaan 2025, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menganjurkan Majlis Iftar Rantaian Kasih Bersama Anak-anak Yatim dan Miskin di Puteri Bay Hotel Melaka pada Ahad.

YWM santuni 91 anak yatim dan kurang berkemampuan

Selain memperkukuhkan silaturahim kebersamaan dalam kalangan ummah, agensi tersebut turut mengagihkan sumbangan yang berjumlah RM40,000  kepada institusi kebajikan.

YWM

“RM30,000 kepada tiga badan kebajikan bagi melaksanakan program Ihya’ Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“RM10,000 kepada Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim/Miskin Malaysia (YAWATIM) bagi tujuan kebajikan anak-anak yatim,” kata YWM dalam satu kenyataan.

Majlis tersebut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar, merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM bersama Exco Pendidikan Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka Datuk Rahmad Mariman.

YWM

“Kedua-dua mereka menyantuni 91 anak yatim dan miskin daripada tiga institusi kebajikan iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Ledang Tangkak (PKAYIL), Lembaga Pengurusan Anak Yatim/Miskin Melaka (PAYASUM) dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Darul Khusus (PEYAKIN),” ujarnya. 

Majlis itu menerima tajaan dan sokongan Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB), Worldgate Resources Group Sdn. Bhd., Koperasi Penguatkuasa PBT Berhad, ITTV Education Sdn. Bhd., Asia World Solutions dan SecurePay Sdn. Bhd.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: YWM Rai Impak Positif Wakaf, Terima Peruntukan Kerajaan RM35 Juta

Difahamkan, Puteri Bay Hotel Melaka dipilih sebagai lokasi penganjuran majlis adalah untuk memperkenalkan simbol kejayaan wakaf di Malaysia selain merupakan aset wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang diurus YWM.

“YWM terus giat menyalurkan pelbagai bentuk bantuan, termasuk Agihan Dana Wakaf Tunai (RM323,352.00), Agihan Dana CSR (RM73,300.00), Agihan Dana Manfaat (RM14,000.00) selaras dengan pengisytiharan bulan Ramadan sebagai Bulan Wakaf Kebangsaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari lalu,” katanya lagi.

YWM

Dalam pada itu, komitmen YWM dalam memperkasa wakaf dan kebajikan melalui usaha berterusan ini menjadikan semua lapisan masyarakat mendapat manfaat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di tanah perkuburan di Georgetown, Pulau Pinang direman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd