Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wujud Sejak Empat Tahun Lepas, JIM Serbu Perkampungan Haram Warga Asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah perkampungan haram yang dihuni sebahagian besar oleh eknik Rohingya di kawasan tanah milik kerajaan di Sentul, Kuala Lumpur pada tengah malam tadi.

Menurut satu kenyataan, Ketua Pengarah JIM Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya telah menahan seramai 123 warga asing yang terdiri daripada warga Myanmar (95), Indonesia(7) dan India (21) untuk pemeriksaan.

Foto: FB JIM

“Hasil risikan dan aduan yang diterima mendapati penempatan haram berkenaan wujud sejak empat tahun lepas dengan dilengkapi bekalan elektrik.
Warga asing ini dipercayai menyewa rumah daripada warga tempatan yang turut membekalkan bekalan elektrik kepada mereka. Mereka membayar kira-kira RM400 sebulan untuk sewaan rumah tersebut,” katanya.

Ruslin juga berkata, penempatan haram tersebut dijadikan seperti kampung halaman oleh warga asing kerana adanya aktiviti bercucuk tanam dan memelihara haiwan ternakan selain mempunyai kemudahan kedai runcit sendiri malah dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB JIM

“Kebanyakan warga asing ini berniaga dan bekerja di kawasan sekitar.
“Pemeriksaan mendapati, terdapat lebih 20 rumah dan lima unit kedai runcit dibina yang menjual barangan keperluan penghuni seperti sirih kapur serta minyak masak paket bersubsidi,” ujar beliau.

Beliau turut melaporkan bahawa warga asing berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan telah tinggal di negara ini melebihi masa, malah ada yang sudah berkeluarga, mempunyai isteri dan anak, yang sebahagian besarnya dipercayai dihuni oleh etnik Rohingya dari Myanmar.

Foto: FB JIM

“Semasa operasi dijalankan, ada dalam kalangan mereka yang memanjat atap, menyorok dan mengunci diri (dalam rumah) supaya tidak ditahan pihak berkuasa.,” tambah beliau lagi.

Ruslin turut memaklumkan hasil semakan mendapati penempatan haram tersebut dibina di atas tanah milik DBKL sekali gus memberitahu pihaknya dengan kerjasama agensi terbabit akan mengesan warga tempatan yang membina dan menyewakan penempatan itu kepada warga asing.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kesemua warga asing yang ditahan akan dijalankan proses dokumentasi dan siasatan lanjut oleh pihak JIM Kuala Lumpur.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa,” jelasnya.

Foto: FB JIM

Sementara itu, Ruslin memaklumkan operasi itu melibatkan pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi antaranya JIM, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Turut hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) Jafri Embok Taha dan Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.

Sumber: FB JIM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd