Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Wanita Sarat Hamil Antara 22 Maut Kebakaran, Ramai Sebak Lihat Suami Menangis Di Luar Hospital

Seorang wanita sarat hamil yang dikenali sebagai Novia menjadi antara 22 mangsa terkorban dalam insiden kebakaran bangunan syarikat Terra Drone di Jakarta, Indonesia, pada Selasa.

Menurut laporan detiknews, difahamkan mangsa sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama yang hanya tinggal menghitung hari sebelum bersalin pada Januari hadapan.

Wanita sarat hamil antara 22 maut kebakaran

sarat hamil

Sepupu mangsa, Prasetyo berkata, kehilangan itu mengundang emosi dan sebak dalam kalangan ahli keluarga kerana mangsa pergi bersama kandungan yang telah dinantikan selama ini.

“Yang maut itu isteri saudara saya, dia sedang hamil anak pertama,” kata Prasetyo kepada wartawan di sebuah hospital di Kramat Jati, Jakarta Timur pada Selasa.

Prasetyo berkongsi bahawa semasa kejadian, Novia dipercayai berada di tingkat lima sebelum terperangkap ketika api mula marak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Orang Lain Pinjam Ah Long, Jiran Jadi Mangsa! 3 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Difahamkan, mangsa sebenarnya sempat turun ke tingkat bawah untuk menyelamatkan diri, namun berpatah semula selepas bahagian laluan sudah dipenuhi asap tebal sekali gus menyebabkan dia gagal keluar dari bangunan tersebut.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dipercayai suami Novia menangis teresak-esak di perkarangan unit forensik hospital berkenaan.

Rata-rata warganet meninggalkan ucapan takziah selain berharap supaya lelaki tersebut kuat dan tabah dalam berdepan situasi kehilangan isteri tercinta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ya Allah, semoga kuat

sarat hamil

Syahid ketika hamil

sarat hamil

Sumber: detiksnews, Instagram kumparan

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. Rakaman video yang dimuat naik...

Sosial

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua...

Nasional

Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Majlis...

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd