Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Wanita Malaysia Kongsi Pengalaman Berharga Jadi Pelakon Ekstra Dalam Filem Thunderbolts

Siapa sangka disebalik aksi mendebarkan dalam filem Thunderbolts, terselit wajah-wajah rakyat Malaysia yang menjadi sebahagian daripada penggambaran produksi gergasi Marvel Studio.

Lebih membanggakan babak itu dirakam di Malaysia dan menampilkan beberapa rakyat tempatan sebagai pelakon tambahan termasuk seorang wanita bernama Masniza Manan yang berkongsi pengalamannya secara eksklusif.

Masniza merupakan antara ratusan hadir ke sesi uji bakat yang dilakukan secara senyap-senyap dan  difahamkan, seramai 600 orang hadir untuk mencuba nasib sebagai pelakon ekstra, tanpa mengetahui mereka sedang mengintai peluang untuk menyertai produksi Hollywood.

Dalam video yang dikongsikan, dia menunjukkan satu notifikasi memaklumkan bahawa dirinya telah terpilih sebagai pelakon latar bagi sebuah filem dari Amerika Syarikat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata yang tepat,” luahnya.

Foto: TT masniza. manan2

Namun, sayangnya kelibat Masniza hanya dapat dilihat secara samar dalam babak tersebut kerana kamera berpaling arah sejurus selepas letupan, akan tetapi pengalaman berada di set penggambaran bertaraf antarabangsa itu sudah cukup membuatkan dirinya berasa puas.

Justeru, terdapat individu bertanya bagaimana perasaan apabila dapat melihat pelakon utama Thunderbolts, Florence Pugh dari jarak yang sangat dekat semasa sesi latihan babak letupan.

“Rasa sesak nafas sikit sbb saya duduk kat booth sate & ayam madu, banyak asap,” balasnya sambil berseloroh.

Foto: TT masniza.manan

Menurut Masniza, dia terjumpa tawaran menjadi pelakon ekstra melalui satu posting di Facebook yang tidak mendedahkan tajuk filem, malah sepanjang penggambaran, semua maklumat dikekalkan sebagai rahsia dan tiada siapa tahu mereka sedang terlibat dalam produksi Thunderbolts sehingga trailer rasmi dikeluarkan setahun kemudian.

“Pihak produksi sangat profesional. Kami tak dibenarkan simpan telefon sepanjang berada di set, jadi memang tak ada gambar kenangan pun. Semuanya hanya disimpan dalam ingatan,” jelasnya.

Soal bayaran pula, dia tidak dapat mendedahkan jumlah sebenar kerana terikat dengan perjanjian, tetapi mengakui imbuhan yang diterima sangat memuaskan, lebih-lebih lagi hanya sebagai pelakon ekstra.

Masniza juga tidak lupa mengucapkan penghargaan kepada syarikat uji bakat pelakon tempatan yang bertanggungjawab mengaturkan segala urusan dengan begitu teratur sepanjang penggambaran di Malaysia.

Foto: TT masniza.manan

Daripada sekadar ingin mencuba nasib, kini Masniza boleh berbangga kerana pernah berdiri di set penggambaran bersama bintang terkenal Hollywood walaupun cuma sekejap dan tidak ramai menyedari, momen itu kekal sebagai satu kenangan paling berharga dalam hidupnya.

Sumber: TikTok masniza.manan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikecam netizen di media sosial susulam membuat siaran langsung di platform TikTok sambil menunjukkan tingkah laku berahi. Buat aksi tidak senonoh dalam...

Nasional

Malaysia menyambut baik keputusan Iran yang membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz, sekali gus memastikan perjalanan pulang pekerja terlibat dapat diteruskan dengan lancar....

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd