Acara polo kembali menjadi tumpuan di Sukan SEA Thailand selepas kali terakhir dipertandingkan pada 2019, membuka peluang buat Malaysia menambah pungutan pingat.
TAB Pahang wakili Malaysia dalam Sukan SEA
Memetik laporan daripada Astro Arena, dalam penentuan tempat ketiga kategori two to four goals, pasukan negara meraih gangsa selepas tewas 6-9 kepada Brunei di separuh akhir.
Semangat skuad polo di Sukan SEA tak terjejas walau tewas semi final
Bagi Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, kekalahan itu langsung tidak menjejaskan semangat pasukan.
Fokus baginda kini adalah mempertahankan emas dalam acara four to six goals, gelaran yang dimenangi Malaysia pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Buat untuk negara
Selain itu, baginda juga berhasrat menyaingi pencapaian ayahandanya, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mencipta sejarah pada edisi 1983.
“Saya tidak mahu memikirkan terlalu jauh, sebaliknya melihat yang terdekat.
“Ini bukan untuk saya. Saya buat untuk negara.
“Dan, ini merupakan kali pertama saya mewakili Malaysia menyarung jersi kebangsaan.
“Ada lagi peluang. Moral kami tidak jatuh,” ujarnya.
Artikel lain: Sukan SEA: Angkasawan Negara Pimpin Skuad Taekwondo, Sasaran Dua Emas!
Keyakinan Tengku Muhammad Iskandar menjadi sumber motivasi buat pasukan, menandakan bahawa perjuangan skuad polo Malaysia di Thailand masih jauh dari selesai.
Sumber; Astro Arena (Najmi Iman) Kredit video Kamal Nizam







































