Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wahab Dakwa Agus Lakukan Gangguan Seksual Di Bintulu – KPN

Penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir mendakwa bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff telah melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan telah dilakukan di sebuah Ibu Pejabat Polis (IPD) Selangor, semalam.

Menurut beliau, laporan tersebut adalah berkaitan gangguan seksual dipercayai berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel di Bintulu, Sarawak.

“Abdul Wahab mendakwa, dia tampil membuat laporan bagi melindungi diri selain menafikan terlibat di dalam komplot menjatuhkan dan mereka-reka cerita terhadap suspek (Mohammad Agus).
“Siasatan masih diteruskan dan kita akan panggil beberapa individu lagi bagi diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, media melaporkan Abdul Wahab Abdul Kadir hadir ke IPD Kajang bagi membuat laporan polis selain mendakwa tindakannya itu bagi membersihkan namanya dalam isu rakaman video perbualan lucah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain:  Wahab Trauma & Tertekan, Buat Laporan Polis Mahu Bersihkan Nama

Mengulas lanjut, Razarudin memaklumkan pihaknya membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.

Wahab gangguan seksual Agus

Wahab yang membuat laporan polis bagi membersihkan namanya telah viral sebelum ini apabila video perbualan berunsurkan lucah  yang berdurasi tiga minit bersama Mohammad Agus tersebar di media sosial.

Susulan daripada itu, Mohammad Agus telah meletak jawatan serta merta sebagai Ketua Pengarah J-KOM dan menafikan sekerasnya berkenaan perbualan video tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, tular rakaman video yang menjadi bualan ramai di media sosial yang dipercayai mirip Mohammad Agus bersama seorang lelaki.

Malah,  sidang media khas juga dibuat berhubung isu itu, pegawai J-KOM yang dikaitkan dengan video tular itu, Abdul Wahab yang mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H.

Sebelum ini, Razarudin berkata, kertas siasatan berkaitan dakwaan video fitnah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Setakat ini, pihak polis telah merakam percakapan seramai lapan individu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Sosial

Seorang pembantu setiausaha pejabat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencuri perhatian ramai selepas berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), membuktikan tiada had bagi mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd