Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

UPKO Umum Keluar Pakatan Harapan, Tegaskan Agenda ‘Sabah First’

UPKO Umum Keluar Pakatan Harapan

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hari ini mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung UPKO, Datuk Nelson W Angang berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO yang diadakan bagi membincangkan hala tuju perjuangan parti berasaskan agenda ‘Sabah First’.

“Keputusan itu akan dimaklumkan secara rasmi kepada Pengerusi PH dan parti-parti komponen PH.
“Kedua-dua Ahli Parlimen UPKO, Datuk Ewon Benedick dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau akan terus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya kestabilan Kerajaan Persekutuan dikekalkan hingga penggal ini berakhir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

UPKO Umum Keluar Pakatan Harapan

Menurut Nelson, mesyuarat itu turut menyokong sepenuhnya keputusan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick yang meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Jelasnya, tindakan itu diambil kerana Ewon tidak bersetuju dengan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung prosiding semakan kehakiman berkaitan hak 40 peratus hasil Sabah yang difailkan oleh Sabah Law Society.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nelson berkata, sepanjang empat tahun bersama PH, UPKO memperjuangkan agenda ‘Sabah First’ dalam setiap rundingan manifesto dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan, namun wujud perbezaan pandangan ketara antara UPKO dan parti komponen lain di peringkat nasional.

“Sepanjang tempoh itu berlaku jurang interpretasi dan pendirian dalam isu pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah, tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak serta kegagalan melaksanakan autonomi pentadbiran PH Sabah,” katanya.

Beliau turut mendakwa kepengerusian PH Sabah oleh UPKO tidak pernah disahkan oleh Majlis Presiden PH walaupun sudah diputuskan melalui Mesyuarat Agung PH Sabah.

“UPKO turut menerima kecaman terbuka walaupun pemilihan dibuat secara sah.
“Presiden UPKO kemudian hanya dilantik sebagai koordinator, sedangkan keputusan pilihan raya oleh PH Sabah masih ditentukan PKR tanpa autonomi sebenar,” dakwanya.

Nelson menegaskan, UPKO kini menilai semula hala tuju perjuangan dan percaya hanya parti-parti tempatan Sabah benar-benar memahami denyut nadi serta aspirasi rakyat negeri itu berpaksikan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“UPKO kekal dengan pendirian bahawa hak 40 peratus hasil Sabah adalah berasingan daripada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan bawah Senarai Persekutuan.
“UPKO bersedia bekerjasama dengan parti-parti tempatan yang mahu memperjuangkan agenda ‘Sabah First’ agar pelaksanaan sebenar MA63 dapat dicapai dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau menambah, hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mesti diteruskan tetapi berasaskan kepada semangat, tujuan dan pelaksanaan sebenar MA63.

Sumber: FB Ewon Benedick Official Media

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Seorang lelaki tampil memberi penjelasan susulan tular insiden membabitkan sebuah Toyota Alphard dan penunggang motosikal di Taman Johor Jaya di Johor Bahru yang berakhir...

Lokal

Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita yang disembunyikan di dalam sebuah beg dan ditanam di kawasan belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu...

Lokal

Isu kewangan dipercayai menjadi punca kepada pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan dibungkus di dalam beg dan ditanam di belakang sebuah rumah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd