Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Panggil Rakan Sejenis ‘Sayang’ Dan ‘Isteri’, Remaja Perempuan Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”.

Tular panggil rakan sejenis ‘sayang’ dan ‘isteri’

Video tersebut pantas meraih perhatian warganet, malah ada yang mula membuat spekulasi mengenai hubungan sebenar antara kedua-duanya gadis berkenaan.

Walau bagaimanapun, remaja terbabit tampil memberi penjelasan menerusi aplikasi Threads bagi memperbetulkan tanggapan orang ramai yang dianggap keterlaluan dan menyimpang daripada hakikat sebenar.

rakan sejenis

“Saya nak jelaskan di sini, kami bukan pasangan. Dia sahabat baik saya, dan memandangkan dia merupakan anak angkat kepada ibu saya, jadi dia kakak saya.
“Keluarga kami memang sudah lama rapat dan saling mengenali. Malah, ibu saya sendiri tidak mempunyai masalah dengan video-video yang kami muat naik,” tulisnya hari ini.

Menurutnya, penggunaan panggilan mesra itu hanya gurauan biasa yang telah lama menjadi kebiasaan antara mereka berdua.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebab utama saya berani memuat naik video panggil dia ‘sayang’ atau ‘isteri’ adalah kerana kedua-dua keluarga kami tahu ia hanya sekadar gelaran manja.
“Ia tidak lebih daripada itu. Jadi, hentikan daripada menyebarkan cerita yang tidak benar atau memutarbelitkan keadaan,” jelasnya lagi.

rakan sejenis

Dalam penjelasan panjang lebar itu, remaja tersebut turut menegaskan bahawa rakannya itu adalah seperti seorang kakak sendiri memandangkan ikatan kekeluargaan yang terjalin melalui ibu angkat.

“Dia bukan seperti yang kamu cuba gambarkan. Dia kakak saya, dan juga sahabat terbaik yang saya pernah ada,” ujarnya.

Kenyataan tersebut sekali gus menjawab spekulasi warganet yang rata-rata sebelum ini memberikan tanggapan negatif mendakwa kedua-dua remaja itu menjalin hubungan terlarang.

Artikel lain: Serbuan Banglo Di Kelantan: Tiga Didenda RM11,000 Simpan Gambar, Video Tak Senonoh Hubungan Sejenis

rakan sejenis

Lewat malam tadi, penyanyi rap Caprice turut memuat naik video sama di laman Instagram menyifatkan keadaan dunia kini dipenuh dengan perkara aneh selain meminta tidak meggunakan nama Allah bagi menutup kesalahan sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Threads

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd