Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tiada Duit Bayar Gaji, BERSATU Mohon SPRM Batal Pembekuan Akaun

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini memohon agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan pembekuan akaun terhadap partinya.

Muhyiddin berkata, pihaknya akan menulis surat kepada SPRM bagi memohon pembatalan perintah pembekuan akaun bank.

“Bersatu akan hantar surat hari ini kepada SPRM supaya perintah pembekuan akaun Bersatu ini dapat dibatalkan,”ujarnya.

Katanya lagi, meskipun siasatan masih dijalankan ketika ini, namun, sekiranya tiada sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa selepas disemak SPRM, akaun parti itu tidak perlu dibekukan.

Tambahnya, pembekuan akaun bank tersebut telah menjejaskan pentadbiran parti berkenaan untuk membayar gaji para pegawai dan sebagainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bila dah beku akaun, kami sebagai pertubuhan politik, tiada duit nak bayar gaji pentadbiran, bukan untuk sebulan tetapi sepanjang masa.
“Kalau kata untuk tiga bulan, susah pegawai saya tiada gaji nak maintain pejabat dan sebagainya. Ia memberi kesan kelicinan pengurusan parti untuk negara dalam Perikatan Nasional,”ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menafikan parti dibawah kepimpinannya menerima sebarang wang daripada dana pakej rangsangan ekonomi bernilai RM92.5 bilion seperti didakwa.

Pada awalnya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menyatakan SPRM membeku akaun bank Bersatu sejak dua minggu lalu. Difahamkan, ia dilakukan bagi memudahkan siasatan berdasarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Dan, sumber SPRM mendedahkan pembekuan akaun bank berkenaan adalah bagi menyiasat dakwaan Bersatu menerima sumbangan lebih lebih RM300 juta daripada kontraktor yang mendapat pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan.

Pun begitu, Muhyddin tegas menjelaskan rangsangan kerajaan berjumlah RM92.5 bilion itu dikatakan untuk membendung Covid-19 dan bukannya penyelewengan seperti yang didakwa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Merujuk bank akaun Bersatu dibekukan, saya ingin menegaskan Bersatu tidak menerima sebarang wang daripada dana Pakej Ransangan Ekonomi bernilai RM92.5 billion seperti didakwa sesetengah pihak,”kata Muhyiddin.

Tegasnya lagi, setiap sumbangan kepada parti itu dimasukkan ke dalam akaun parti dan bukan akaun peribadinya mahupun pegawai Bersatu.

Sumber: Malaysiakini (Alyaa Alhadjri)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Usaha membanteras kegiatan ‘counter setting’ di pintu masuk negara akan dipertingkatkan menerusi dasar sokongan yang lebih kukuh, kata Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan...

Dunia

Kedutaan Besar Malaysia di Thailand menegaskan agar rakyat Malaysia menjauhi kawasan pertikaian di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja ekoran krisis ketenteraan yang semakin meruncing antara kedua-dua...

Sosial

Gelagat seorang warga emas menunggang motosikal sambil membonceng seekor ikan bersaiz luar biasa telah berjaya raih perhatian ramai di media sosial. Menerusi hantaran yang...

Sosial

Seorang gadis tidak dapat menahan sebak selepas gagal ke peringkat seterusnya dalam uji bakat pencarian Dewi Remaja 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd