Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Terbuka Singapura 2024: Lee Zii Jia Terpaksa Tarik Diri Akibat Kecederaan Hamstring

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia (LZJ) dilaporkan terpaksa menarik diri daripada kejohanan Terbuka Singapura 2024 akibat mengalami kecederaan hamstring selepas menyertai dua kejohanan berturut-turut iaitu Terbuka Thailand 2024 dan Masters Malaysia 2024.

Menerusi satu laporan Bernama, Team LZJ melalui hantaran di X dilaporkan memaklumkan perkara tersebut dan memberitahu keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat perubatan, selain memberi tumpuan kepada proses rehabilitasi.

Foto: Bernama

“Ia satu keputusan yang sukar untuk menarik diri dari Terbuka Singapura, tetapi selepas penilaian perubatan di Singapura, Zii Jia dinasihatkan untuk tidak mengambil bahagian kerana kecederaan hamstring yang dialami semasa Terbuka Thailand dan Masters Malaysia,” katanya.

Sementara itu, menarikan diri LZJ tersebut sekali gus memberikan kemenangan percuma kepada juara bertahan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia yang dijadualkan menentang Zii Jia pada pusingan pertama hari ini.

Foto: X TeamLZJ

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini secara tidak langsung menjadikan Anthony Sinisuka Ginting mara ke pusingan kedua dan akan bertemu seorang lagi perseorangan lelaki profesional negara, iaitu Leong Jun Hao pada esok, 30 Mei.

Untuk makluman, kejohanan Terbuka Thailand 2024 dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 19 Mei lepas, dan diikuti dengan kejohanan Masters Malaysia pada 21 hingga 26 Mei, manakala kejohanan Terbuka Singapura yang bertaraf Super 750 telah membuka tirainya pada 28 Mei sehingga 2 Jun depan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Lokal

Mahkamah Majistret Kajang hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd