Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Teknologi Tanpa Korekan Jadi Tumpuan Trenchless Asia 2025, Malaysia Terajui Inovasi Infrastruktur Bawah Tanah

Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam pembangunan infrastruktur bawah tanah menerusi penganjuran Trenchless Asia 2025, persidangan dan pameran antarabangsa yang mengetengahkan teknologi tanpa korekan (trenchless technology) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama dua hari bermula 7 Mei.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini.

Persidangan ini turut disertai Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sebagai antara pempamer utama bersama lebih 100 pempamer dari pelbagai negara.

Teknologi tanpa korekan ini membawa pendekatan lebih moden dalam pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur bawah tanah seperti sistem air, pembetungan dan utiliti. Ia membolehkan kerja-kerja dijalankan tanpa gangguan besar kepada permukaan jalan atau kawasan perbandaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut kenyataan rasmi PETRA, penggunaan teknologi seperti Horizontal Directional Drilling (HDD), microtunnelling, dan teknik baik pulih paip seperti Cured-In-Place Pipe (CIPP) boleh mengurangkan risiko kerosakan terhadap struktur sedia ada serta menjimatkan ruang dan kos.

Paling penting, ia lebih mesra alam dan tidak mengganggu kesejahteraan komuniti setempat.

“Teknologi ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos, malah mengurangkan gangguan kepada trafik, komuniti sekitar dan ekosistem,” kata PETRA dalam satu kenyataan hari ini.

Ini merupakan kali keempat Malaysia menjadi tuan rumah Trenchless Asia, yang bukan sahaja mempamerkan teknologi terkini, malah menjadi platform penting untuk para profesional industri berkongsi ilmu dan pengalaman, serta membincangkan cabaran serta solusi dalam bidang teknologi bawah tanah.

Persidangan ini juga seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan inovasi dan pembangunan mampan sebagai asas penting untuk menjadi negara progresif dan berdaya saing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sesi selama dua hari ini turut merangkumi forum teknikal, diskusi panel, dan peluang jaringan industri antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, syarikat utiliti, pemain industri serta institusi akademik.

Inisiatif seperti ini membuktikan komitmen berterusan negara dalam merangka hala tuju pembangunan infrastruktur masa depan yang lestari bukan sahaja di peringkat tempatan, tetapi juga serantau dan global.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelajar yatim piatu, Putera Iman Shah Shahiran, 19, hadir mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) hanya seorang diri selepas kehilangan kedua ibu bapa...

Sosial

Seorang pelajar Malaysia, Iman Mohamad Afif, mencatat sejarah membanggakan apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi program Sarjana Kejuruteraan (Kejuruteraan Kimia dengan Tenaga dan Alam...

Dunia

Langkah Malaysia menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 mencetuskan perbualan hangat di media sosial Indonesia. Ramai yang tidak menyangka...

Sosial

Seorang pelancong Malaysia yang sedang bercuti di Vietnam menerima pujian ramai selepas tindakan beraninya menegur peniaga yang cuba menipu timbangan buah anggur sehingga tular...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd