Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

TDM Sahkan Dua Anggota Tentera Hilang Dalam Operasi Di Banding

Sebuah insiden berlaku semasa operasi KOTA, ECHO, FOXTROT Siri 6/2024 berhampiran Sungai Merah di Permatang sempadan Malaysia-Thailand di kawasan hutan Royal Belum, Banding, Perak, pada 30 November lalu.

Foto hiasan

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) menyatakan laporan awal memaklumkan bahawa sembilan anggota tentera telah dibawa arus semasa menjalankan rondaan berhampiran Sungai Merah.

Dalam kejadian tersebut, dua anggota iaitu Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin dari pasukan 21 Komando, Kem Sungai Udang, Melaka dan Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi dari pasukan 22 Komando, Kem Iskandar Mersing dilaporkan hilang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, seramai tujuh anggota lain berjaya diselamatkan pada jam 12:30 pada hari yang sama.

Pada 1 Disember lalu, mayat Lans Korporal Mohd Afandi Jahwin yang berasal dari Matu, Sarawak ditemui di tepi sungai kira-kira tiga. kilometer dari lokasi markas trup, pada jam 6 petang.

Sementara itu, Lans Korporal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi dari Kampung Padang Limau, Sungai Petani, Kedah masih belum ditemui.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang beriman. PTD juga berharap seluruh rakyat Malaysia terus mendoakan agar anggota yang masih hilang iaitu LKpl Ahmad Zulhilmi bin Ahmad Tamizi akan segera ditemui dalam keadaan selamat,” katanya pada Selasa.

Sumber: Facebook Tentera Darat Malaysia

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan oleh individu tidak dikenali ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Sungai...

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenarkan sebuah persatuan tokong menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan alasan ia merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd