Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tak Sempat Sampai Sekolah, Pelajar Maut Selepas Motor Bertembung Kereta Guru

Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang guru wanita ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Felda Sungai Tiang, Pendang hari ini.

Menurut laporan Astro Awani, mangsa Muhammad Hasrul Hakimi Ibrahim, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah berkata,  siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa menghala ke sekolah selepas menghantar adiknya ke Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang pada jam 7.20 pagi.

Foto: UTUSAN/ MOHD RAFIE AZIMI

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta dipandu seorang guru yang keluar dari simpang kiri.
“Akibat perlanggaran itu mangsa telah terbabas ke kanan jalan dan melanggar pokok dan pagar Pejabat Felda Sungai Tiang,” katanya.

Difahamkan, motosikal ditunggang Muhammad Hasrul bertembung dengan kereta dipandu guru yang mengajar di sekolah adiknya.

Arriz Sham berkata, mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Astro Awani (Adie Sufian Zulkefli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd