Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tak Kekok Berbogel, Theo James Ulas Babak Nampak Kemaluan -“Sikit Je..”

Nama aktor kacak Hollywood, Theo James menjadi bualan hangat warganet di laman Twitter susulan tular sebuah video lakonannya dalam drama lakonan terbaharunya, The White Lotus.

Mana tidaknya, aksi selambanya berbogel sehingga menampakkan kemaluan jelas kelihatan dalam video berkenaan.

Difahamkan video tersebut merupakan sedutan drama bersiri berkenaan yang kini telah disiarkan bagi musim kedua.

Theo dalam sebuah temubual bersama ET Online berkata, babak tersebut , dia memegang watak sebagai Cameron Babcock sedang menukar seluar dan berbogel di belakang Harper Spiller (lakonan Aubrey Plaza).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiada langsung sebarang suntingan untuk mengaburkan bahagian punggung dan kemaluan Theo sehingga membuatkan ia jelas kelihatan.

Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun  memberitahu dia tidak berasa kekok melakonkan babak tersebut. Malah, menyifatkan aksi berbogel itu adalah tindakan ‘semulajadi’.

“Dalam  kontrak, saya tak dibenarkan melakukan apa-apa tanpa berbogel sepenuhnya,”seloroh Theo kepada ET Online ketika disoal mengenai babak berkenaan.

Theo turut mendedahkan babak yang dilihat orang ramai hanyalah sedikit sahaja memandangkan ia sangat berbeza daripada rakaman sebenar.

Pemilik nama Theodore Peter James Kinnaird Taptiklis mengatakan babak sebenar yang dilakonkannya itu ternyata jauh lebih seksi daripada warganet melihat di media sosial. Ini kerana terdapat beberapa aksi bogel dilakonkan, malangnya pihak produksi telah kurangkannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, dikhabarkan drama The White Lotus musim kedua itu mempunyai lebih banyak aksi panas termasuk beberapa pelakon lelaki lain yang akan turut serta berbogel dalam babak-babak tertentu.

Sumber: ET Online

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd