Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tak Bayar Cukai, Shah Rukh Khan Ditahan Di Lapangan Terbang

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dikatakan telah ditahan pihak kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India kerana tidak membayar cukai.

Pun begitu, menurut sumber ia bukanlah seperti yang digembar-gemburkan ramai kerana ia adalah salah faham sahaja yang berlaku sewaktu berada di lapangan terbang.

Memetik laporan zeenews.india, situasi sebenar adalah pelakon filem Dilwale berkenaan tidak mengisytiharkan barangan mewah dibawanya sebaik sahaja pulang dari menyertai acara anugerah di Sharjah.

Difahamkan, seutas jam tangan bernilai sekitar RM4,000 selain enam jam tangan mewah bernilai lebih RM100,000 tidak diisytiharkan oleh Shah Rukh Khan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Barangan tersebut ditemui oleh pihak kastam ketika pemeriksaan terhadap pelakon itu di terminal Chhatrapati Shivaji, Mumbai pada Sabtu lalu dengan menaiki jet peribadi miliknya.

Sumber berkata, salah faham tersebut telah pun diselesaikan. Ia bukanlah kerana bintang tersebut enggan membayar cukai, sebaliknya ketiadaan pegawai atau kaunter khusus untuk membayar duti kastam di situ.

Pun begitu, kes selesai apabila seorang pengawal peribadinya menguruskan bayaran duti sebanyak RM39,000 kepada pihak berkuasa dan aktor itu bersama pekerja-pekerjanya dibenarkan keluar dari lapangan terbang.

Sumber: Zeenews.india

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd