Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Surau MADANI R&R Seremban Terima Kelulusan Dirikan Solat Jumaat

Surau Madani yang terletak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan kini mencatat sejarah tersendiri apabila diisytiharkan sebagai surau pertama di lebuh raya negara yang mendapat kebenaran rasmi untuk mendirikan solat Jumaat.

Menurut laporan Harian Metro, pengisytiharan bersejarah itu disempurnakan oleh Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin, yang turut menjelaskan bahawa keputusan tersebut diambil selepas meneliti keperluan sebenar golongan pekerja dan pengguna di lokasi berkenaan.

surau

Foto: Harian Metro

Menurut beliau, surau lelaki di R&R itu mampu menampung kira-kira 150 jemaah dalam satu masa dan kini dibenarkan untuk melaksanakan solat Jumaat secara sah dan berautoriti.

“Sebelum memberikan kebenaran ini, saya sendiri turun padang tanpa memperkenalkan diri dan bertanya kepada para pekerja di sini di mana mereka biasanya menunaikan solat Jumaat.
“Rata-rata menyatakan mereka tidak sempat bersolat kerana lokasi masjid terdekat terlalu jauh untuk pergi dan balik dalam masa terhad,” katanya.

Artikel lain: “Abah Saya Bukan Tidur Dalam Surau, Cuma Baca Al-Quran..” -Anak Kesal Wanita Halau Bapa

Tambahnya lagi, solat Jumaat adalah kewajipan yang tidak boleh diabaikan, khususnya kepada golongan lelaki yang bermastautin atau bekerja tetap di sesuatu tempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maka itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan bersetuju untuk membenarkan pelaksanaan solat Jumaat secara rasmi di surau tersebut demi memenuhi tuntutan syarak.

“Kita lihat wujudnya keperluan yang nyata bagi pekerja di sini. Oleh itu, kebenaran ini bukan sahaja memberi ruang kepada pekerja, malah pengguna lebuh raya dan pelancong yang singgah juga boleh menunaikan solat dengan sempurna,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi memaklumkan bahawa terdapat lebih 90 pekerja lelaki Muslim di kawasan R&R berkenaan yang akan mendapat manfaat terus daripada inisiatif ini.

surau

Foto: Berita Harian

“Tujuan utama pelaksanaan solat Jumaat di R&R Seremban adalah untuk menyediakan kemudahan ibadah kepada komuniti pekerja tetap di lokasi ini, penduduk sekitar seperti Labu dan Seremban, serta pengguna lebuh raya yang singgah sewaktu dalam perjalanan,” jelasnya.

Namun begitu, katanya, buat masa ini pelaksanaan solat Jumaat hanya difokuskan di R&R Seremban sahaja dan belum ada perancangan untuk memperluaskannya ke R&R lain.

Kebenaran yang diberikan ini bukan sahaja memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan solat Jumaat, bahkan membuktikan komitmen pihak berwajib dalam mendekatkan masyarakat kepada Allah SWT walaupun dalam kesibukan bermusafir atau bekerja.

Sumber: Harian Metro (Ahmad Hasbi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd