Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sukan SEA 2025: Atlet Taekwondo Sumbang Pingat Pertama Malaysia, Ibu Jadi Inspirasi

Atlet taekwondo negara, Chin Ken Haw, membuka tirai kejayaan Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025 dengan menyumbang pingat pertama buat kontinjen negara hari ini.

Pingat pertama Malaysia di Sukan SEA 2025

Menurut laporan Sinar Harian, Ken Haw, 21 tahun, meraih gangsa dalam acara poomsae gaya bebas individu lelaki, mengumpul 7.740 mata di Fashion Island Shopping Mall, Bangkok.

Sukan SEA 2025

Pingat emas menjadi milik wakil Filipina, Justin Kobe Macario (8.200 mata), manakala perak dimenangi tuan rumah, Atchariya Koedkaw (8.100 mata).

Artikel lain: Sukan SEA 2025: Emas Pertama Malaysia! Skuad Hoki 5s Lelaki Tewaskan Indonesia 7-3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Ken Haw, kehadiran ibunya, Chin Li, yang sanggup terbang ke Bangkok untuk menonton persembahannya, menjadi sumber inspirasi utama.

Sejak mula menceburi taekwondo pada usia lapan tahun, ibunya sentiasa menjadi penyokong setia dan pendorong utama beliau.

Sukan SEA 2025

“Sokongan ibu adalah faktor utama saya berjaya menyumbang pingat pertama untuk negara. Beliau sentiasa memastikan saya hadir latihan dan lengkap segala keperluan untuk bertanding,” katanya.

Walaupun bukan emas, Ken Haw berpuas hati dengan prestasinya, menganggapnya pencapaian terbaik selepas setahun menghadapi cabaran.

Ini juga kali pertama beliau beraksi dalam kategori gaya bebas, selepas sebelum ini meraih perak dalam acara poomsae recognised individu pada Sukan SEA lepas di Kemboja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sukan SEA 2025

Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di Bangkok dan Chonburi.

Sumber: Sinar Harian

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa dibedah bagi mencabut 12 batang gigi selepas pemeriksaan pakar mendapati keseluruhan struktur giginya rosak teruk akibat karies botol susu, keadaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd