Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas FRU: Suami Perlu Ditidurkan, Doakan Dia Cepat Sedar – Isteri Koperal Haslizal

“Suami perlu ditidurkan…,” luah Siti Rafidah Kamis, 43, isteri kepada Koperal Haslizal Mohd Ali yang kini koma dan dirawat di ICU Hospital Teluk Intan.

Dia turut akui hatinya berat menerima keadaan itu, namun dimaklumkan langkah menidurkan suaminya adalah yang terbaik buat masa ini bagi mengelakkan kesakitan.

Dalam nada sebak, guru berkenaan berkata suaminya mengalami kecederaan serius di bahagian tulang rusuk yang mengakibatkan masalah pada paru-paru dan pendarahan dalaman, selepas terbabit dalam nahas membabitkan trak FRU dan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, pagi Selasa lalu.

“Saya mohon semua mendoakan supaya suami cepat sedar. Kami sekeluarga amat rindu dan berharap suami segera kembali ke pangkuan keluarga,” katanya ketika dihubungi.

Kredit Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara lima hingga 14 tahun.

Menurut Siti Rafidah, semasa kejadian kira-kira jam 8.50 pagi, suaminya yang telah berkhidmat selama 23 tahun dalam FRU duduk di bahagian belakang sebelah pemandu trak.

Impak perlanggaran itu menyebabkan tulang rusuk Haslizal patah dan mencederakan paru-paru.

Suami Perlu Ditidurkan, Doakan Dia Cepat Sedar – Isteri Koperal Haslizal

Dalam kejadian itu, sembilan anggota FRU maut, manakala sembilan lagi cedera selepas trak pasukan mereka bertembung dengan lori yang membawa batu ketika dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam, Ipoh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Nahas FRU: Saya Beritahu Anak Doktor Sedang Jaga Papa – Isteri Mangsa

 Selain Haslizal, dua lagi anggota yang masih kritikal dan tidak sedarkan diri ialah Sarjan Mazlan Mat, 50, dan Koperal Mohd Izwan Ishak, 39.

Sementara itu, isteri kepada Mohd Izwan, Nor Diyana Nor Mohamad, 39, turut berkongsi keadaan suaminya yang mengalami patah kedua-dua tulang selangka, enam tulang rusuk, kecederaan pada pinggang serta trauma dalaman yang serius.

“Paru-paru telah ditebuk bagi mengeluarkan pendarahan pada organ itu manakala satu buah pinggang turut mengalami kecederaan dalaman,” katanya.

Menurutnya, Mohd Izwan sempat bertanya satu soalan yang kini menghantui dirinya, beberapa hari sebelum insiden berlaku.

“Kalau abang lumpuh tak sempurna, sayang jaga tak orang cacat macam abang?” katanya.

Nor Diyana juga berkata suaminya mengadu pening selepas menyertai program larian di Pantai Remis pada Ahad, dan dia menyangka ia hanya akibat keletihan. Namun insiden ini seolah-olah menjadi petanda awal kepada tragedi yang menimpa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Politik

Jawatan EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi yang disandang oleh Fahmi Zainol telah tamat secara rasmi pada Rabu. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Menteri,...

Spotlight

Tindakan penyanyi Selena Gomez mempertahankan rumah tangganya mencuri tumpuan apabila dia secara spontan mencium kaki suaminya, Benny Blanco, ketika rakaman sebuah podcast baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd