Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suami Maut Dirempuh Pemandu Mabuk, Isteri Tuntut Keadilan Demi Arwah & Anak-Anak!

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar, 33, penunggang motosikal yang maut dirempuh seorang pemandu mabuk di Jalan Raya Barat, Klang, semalam.

Nor Nadia, 32, berkata dia dan seluruh keluarga amat mengharapkan hukuman lebih tegas dikenakan terhadap pemandu berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Undang-undang yang ada sekarang belum cukup bagi mengganti nyawa suami,” katanya, hari ini.

Menurutnya, dia bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit dan telah mendapatkan khidmat peguam.

Nor Nadia kini perlu tabah membesarkan tiga anak berusia dua hingga sembilan tahun yang masih belum memahami kehilangan bapa mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Anak saya ingat ayah sakit, mereka tak faham lagi. Saya kena kuat demi mereka,” katanya.

Menceritakan kembali kejadian itu, Nor Nadia berkata, suaminya keluar rumah kira-kira jam 10 pagi untuk membeli buku Matematik anak sulung yang memulakan sesi persekolahan di Seksyen 19, Shah Alam.

“Kali terakhir kami berhubung beberapa minit sebelum jam 11 pagi apabila dia menghantar mesej bertanyakan mengenai beberapa dokumen.
“Pada jam 11 pagi dia mesej kata ada barang sampai dan selepas itu saya tak dapat hubungi dia lagi,” katanya.

Tidak lama kemudian, Nor Nadia menerima panggilan daripada polis trafik yang memaklumkan suaminya terbabit dalam kemalangan.

“Saya ingatkan panggilan itu scam, tapi bila dia sebut nama suami, saya terus rasa tak sedap hati.
“Dia beritahu suami saya sudah tiada dan masa itu memang saya tak boleh terima, remuk hati saya,” katanya sebak.

Sementara itu, ibu arwah, Faridah Ahmad, 56, berkata dia sempat meluangkan masa beberapa hari bersama arwah sewaktu menghadiri kenduri sanak saudara di Klang.

“Semasa kami berjumpa sanak saudara di majlis kenduri, arwah ada bergurau kata gambar itu nanti nak masuk dalam surat khabar dan televisyen, saya tak sangka ia jadi kenyataan,” katanya.

Artikel lain: Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Mabuk, Khayal Bahan Terlarang

“Saya kata tak apa, mak faham, namun tak sangka itu pertemuan kali terakhir kami,” katanya.

Jenazah Allahyarham Amirul Hafiz selamat dikebumikan malam tadi di Tanah Perkuburan Kampung Repoh.

Sementara itu, wakil Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, memaklumkan pihaknya akan membantu keluarga mangsa dari segi kebajikan dan sokongan diperlukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd