Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suami Isteri Dipenjara Sehari Selepas Mengaku Curi Minuman Keras, Ikan Cencaru & Kicap

Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM400 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mengaku bersalah mencuri beberapa barangan termasuk minuman keras, ikan cencaru, kicap dan pewangi diri dalam kejadian dua tahun lalu.

Suami isteri mengaku bersalah

Menurut laporan Malaysia Gazette, Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Tengku Azman Tengku Jalal, 46, dan isterinya, Siti Nurulaini Johari, 40, selepas meneliti fakta kes, hujahan pendakwaan serta rayuan peguam bela.

suami isteri

Menurut pertuduhan, pasangan itu didakwa bersama-sama mencuri empat tin minuman Guinness Foreign Extra Stout, lima ekor ikan cencaru, kicap manis jenama Kipas Udang, dua Rexona Shower, satu Rexona Advance serta WC precut 12 keping seberat 1.6 gram.

Keseluruhan barangan tersebut bernilai RM70.69 yang merupakan milik Pasaraya Lotus Cheng, Taman Paya Rumput Utama, Melaka dan kesalahan dilakukan kira-kira jam 6.30 petang, 27 September 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Suami Isteri Mohon Maaf Selepas Isu Tumbler RM75 Hilang Di Kereta Api Tular

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian itu disedari seorang jurujual sebelum memaklumkan kepada pengurus pasar raya berkenaan.

Siti Nurulaini ditahan ketika keluar tanpa membuat pembayaran, manakala suaminya melarikan diri namum berjaya diberkas semual oleh polis bersama barangan yang dicuri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliyah Ahmad Kamarulnajib, memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada masyarakat.

suami isteri

Namun peguam bela, Amritpal Singh merayu hukuman ringan dengan alsan Tengku Azman bekerja sebagai penghantar barang, manakala isterinya adalah pesakit buah pinggang dan tidak bekerja.

Pasangan itu juga perlu menanggung tiga anak yang masih kecil, selain barangan dicuri merupakan keperluan asas.

Mahkamah kemudian memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara sehari bermula hari ini dan membayar denda RM400, atau dua bulan penjara sekiranya gagal menjelaskannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Spotlight

Tindakan penyanyi Selena Gomez mempertahankan rumah tangganya mencuri tumpuan apabila dia secara spontan mencium kaki suaminya, Benny Blanco, ketika rakaman sebuah podcast baru-baru ini....

Politik

Jawatan EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi yang disandang oleh Fahmi Zainol telah tamat secara rasmi pada Rabu. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Menteri,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd