Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sempena Aidiladha, Agong Kurnia 10 Ekor Lembu untuk Kakitangan Asnaf Istana

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 10 ekor lembu untuk dikorbankan bersempena dengan sambutan Aidiladha.

Perkara itu diberitahu menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang menyatakan bahawa kurniaan haiwan ternakan untuk ibadah korban itu akan diagihkan kepada semua kakitangan asnaf Istana Negara.

Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat wakil korban bagi sembelihan 10 ekor lembu yang dikurniakan di Istana Negara hari ini (18 Jun),” menurut hantaran itu.

Menurut perkongsian berkenaan, pelaksanaan penyembelihan akan diadakan esok, manakala majlis agihan daging korban berlangsung di Istana Negara Khamis ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Terdahulu, umat Islam di Malaysia telah menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji / Korban pada tarikh 17 Jun 2024 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1445 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2024M – 1445H bagi negara ini.

Keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji (Qurban) tahun 2024 bersamaan 1445 Hijrah adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd