Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sambut Hari Lahir Ke-57, ‘Lautan’ Peminat Hadir Depan Rumah Shah Rukh Khan

Raja Bollywood, Shah Rukh Khan sememangnya sangat dikenali bukan hanya di India tetapi hampir di seluruh dunia.

Namun, siapa sangka aktor hebat itu rupanya sudah pun mencecah usia 57 tahun apabila menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada hari semalam iaitu 2 November.

Wajah terpampang di Burj Khalifah

Seperti saban tahun, wajah Shah Rukh Khan akan dipaparkan di bangunan pencakar langit Burj Khalifah pada malam ulang tahun kelahirannya.

Rumah SRK bertukar lautan manusia

Selain daripada itu, gambar-gambar dan juga video para peminat hadir di hadapan rumah pelakon tersebut tular di media sosial apabila ribuan orang bersesak-sesak hanya ingin melihat idola mereka.

Shah Rukh Khan yang keluar di balkoni turut melambai dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kerana mengingati hari ulang tahun kelahirannya.

Sempat selfie lagi!

Terima kasih tak terhingga

Dalam pada itu, pelakon filem My Name Is Khan ini turut berkongsi gambar swafotonya bersama lautan peminat ke akaun Instagram dengan menyertakan ucapan terima kasih diatas ingatan mereka terhadap ulang tahun kelahirannnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sungguh indah hidup di hadapan laut…..lautan cinta yang tersebar di sekeliling saya pada hari lahir saya….terima kasih.” Bersyukur sangat kerana mereka membuatkan saya berasa begitu istimewa….& gembira,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Shah Rukh Khan turut berkongsi video yang berjaya dirakam bermula dari dia keluar dari rumah dan menuju ke balkoni sebelum memanjat sedikit pagar untuk melambai ke arah peminat tercinta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, raja Bollywood itu telah dilahirkan pada 2 November 1965 di New Delhi, India. Dia telah memulakan karier sebagai selebriti sejak tahun 1988 sehingga sekarang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Shah Rukh Khan juga telah menerima gelaran Datuk apabila dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Melaka pada Disember 2008.

 

Sumber: Twitter, Instagram iamsrk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Nasional

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd