Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Saham Astro Jatuh Ke Paras Terendah Dalam Sejarah, Pendapatan Merosot

Saham Astro Malaysia Holdings Bhd sekali lagi merudum ke paras terendah dalam sejarah selepas syarikat televisyen berbayar itu mengumumkan keputusan kewangan yang lemah, di bawah jangkaan pasaran.

Menurut laporan Berita Harian, saham Astro susut kepada 13 sen, paras terendah yang turut dicatatkan sehari sebelumnya, dengan lebih sejuta saham bertukar tangan pada sesi dagangan pagi tadi.

Saham Astro jatuh ke paras terendah

Saham Astro jatuh ke paras terendah

Bagi suku kedua berakhir 31 Julai 2025, keuntungan bersih Astro menjunam kepada RM16.39 juta berbanding RM54.71 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Perolehan juga merosot kepada RM683.21 juta daripada RM787.30 juta, dipengaruhi oleh penurunan hasil langganan, jualan hak pemprograman serta pendapatan iklan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, tekanan itu sedikit diimbangi oleh cukai yang lebih rendah, kos pembiayaan bersih yang menurun, selain keuntungan pertukaran asing tidak direalisasikan daripada liabiliti pajakan tidak dilindungi.

Artikel lain: Bursa Malaysia Dibuka Lemah, Sentimen Global Masih Berhati-Hati

Saham Astro jatuh ke paras terendah

Bagi separuh pertama tahun kewangan, perolehan kumpulan jatuh 11.1 peratus atau RM173.5 juta kepada RM1.39 bilion, berbanding RM1.56 bilion tahun sebelumnya.

Menurut nota penyelidikan TA Securities Research, inisiatif penjenamaan semula Astro One gagal meningkatkan jumlah langganan seperti yang disasarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, strategi itu mencetuskan fenomena cannibalisation apabila pelanggan beralih kepada pakej lebih murah, sekali gus menyebabkan kehilangan pelanggan dan penurunan purata hasil setiap pengguna (ARPU).

“Akibatnya, pendapatan telah merosot. Walaupun pihak pengurusan menjangkakan ARPU akan stabil, kami mengambil maklum bahawa tiada peningkatan dalam jumlah pelanggan, justeru kami menjadi lebih berhati-hati terhadap prospek syarikat sehingga terdapat tanda-tanda pemulihan yang lebih jelas.
“Kami juga mengambil pendekatan berhati-hati memandangkan cabaran makroekonomi dan sentimen pengguna yang suram mungkin akan mengehadkan prospek pertumbuhan serta memperlahankan pelaksanaan inisiatif transformasi Astro,” katanya.

Firma penyelidikan pasaran itu menjelaskan, pihak pengurusan sekali lagi menegaskan komitmen mereka terhadap agenda transformasi Astro dengan memberi tumpuan kepada pemacu pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

Usaha itu merangkumi pengukuhan kandungan tempatan, pengembangan perniagaan sampingan seperti sooka, Astro Fibre, penyelesaian perusahaan dan pengiklanan terarah, selain penyesuaian semula struktur kos legasi.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd