Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

RUU Kawalan Produk Merokok Diluluskan – “Terima Kasih Ahli Dewan Rakyat”

Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara di Dewan Rakyat, hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menerusi laman Facebooknya yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Rakyat yang menyokong RUU tersebut.

RUU Kawalan Produk Merokok diluluskan

“Alhamdulillah, RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam telah diluluskan di Dewan Rakyat sebentar tadi.
“Terima kasih kepada semua Ahli Dewan Rakyat yang menyokong agar RUU ini terlaksana sekaligus menutup kelompangan undang-undang yang sedang berlaku,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, beliau menitipkan kata-kata penghargaan buat tulang belakang pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak pernah berputus asa bagi memastikan RUU ini dilulskan.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk ucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada kumpulan dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang sentiasa komited dan telah bekerja selama hampir 13 tahun dalam memastikan RUU yang bersejarah ini dapat diluluskan,” katanya lagi.

Sekadar info, RUU itu mengandungi Fasal 1 hingga 54 yang memperuntukkan hal  berhubung pendaftaran, pengiklanan, kawalan penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia turut memperuntukkan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada Orang Belum Dewasa (OBD).

Sumber: Facebook @Dr Zaliha Mustafa

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd