Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Rumah Tangga Krisdayanti Dikhabarkan Bergolak, Netizen Anggap Sebagai ‘Karma’

Kisah rumah tangga beberapa pasangan selebriti di Indonesia sejak kebelakangan ini telah menjadi sorotan ramai terutamanya melibatkan kes keganasan dalam rumah tangga (KDRT) antara Rizky Billar dan Lesti Kejora.

Dikatakan sedang ada masalah

Dalam kekalutan perbahasan tentang selebriti berkenaan, ada khabar angin kurang senang datang dari penyanyi terkenal negara terbabit iaitu Krisdayanti apabila ada desas-desus mengatakan rumah tangganya bersama Raul Lemos juga sedang bergolak.

Suami ada wanita simpanan?

Menerusi laporan dari Kosmo! merujuk kepada media tempatan, Krisdayanti atau mesra disapa KD tinggal bersama anak-anaknya di Jakarta manakala suaminya berada di Timor Leste.

Khabar angin mulai bertiup kencang apabila ada dakwaan mengatakan rumah tangga mereka sedang diuji apabila muncul orang ketiga dalam perkahwinan mereka. Difahamkan, Raul Lemos dipercayai mempunyai wanita simpanan di Timor Leste.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, ada dakwaan mengatakan bahawa penyanyi terkenal itu akan dimadukan oleh suaminya.

 

Karma sebab pernah curang dulu

Susulan daripada itu, netizen Indonesia telah meninggalkan pelbagai komen berhubung khabar angin yang belum sahih ini.

Ada di antara mereka merasakan apa yang terjadi dalam rumah tangga Diva Indonesia itu sebagai satu ‘karma’ apabila dia pernah berlaku curang terhadap bekas suaminya sebelum bernikah dengan Raul Lemos.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Krisdayanti sebelumnya juga pernah berlaku curang terhadap Anang (bekas suami). Kini dia sedang melalui karma,” ujar netizen.

Untuk makluman, Krisdayanti pernah bernikah dengan Anang Hermansyah yang juga seorang komposer dan penyanyi terkenal negara seberang.

Namun begitu, dia telah berlaku curang terhadap Anang ketika dia dan Raul Lemos masih mempunyai pasangan. Selepas masing-masing bercerai, KD dan Raul telah bernikah dan dikurniakan dua orang anak.

Sumber: Kosmo! (Mohammad Shahemy Azmi)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd