Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kecurian Kabel Bukan Jenayah Biasa, Perlu Tindakan Tegas – Loke

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berdepan risiko kelewatan selepas beberapa kejadian kecurian kabel dilaporkan di beberapa lokasi sepanjang jajaran pembinaannya.

Menurut laporan Astro Awani, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa insiden itu boleh memberi kesan terhadap sasaran penyempurnaan projek yang dijadualkan siap pada Disember 2026.

kable

Foto: Astro Awani

Beliau turut menegaskan bahawa isu ini perlu ditangani secara serius kerana melibatkan aspek keselamatan negara.

“Kecurian kabel bukan hanya berlaku di projek ECRL, ia juga terjadi pada Keretapi Tanah Melayu (KTM), hingga menyebabkan kelewatan jadual pengangkutan awam. Justeru, tindakan lebih tegas perlu diambil terhadap pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan Malaysia di Putrajaya pada Isnin.

Artikel lain: Kes Curi Kabel, Lima Anggota Polis Ditahan Dipercayai Jadi Dalang Utama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anthony Loke turut mengesahkan telah menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi meminta tindakan undang-undang dikenakan bukan sekadar atas kesalahan mencuri, tetapi juga kerana mengganggu ketenteraman awam.

“Tindakan lebih berat wajar dikenakan terhadap mereka yang mencuri kabel ini. Saya serahkan kepada kebijaksanaan pihak polis untuk menguruskan isu ini dengan sewajarnya,” ujarnya.
kabel

Foto: Kosmo!

Dalam usaha memastikan keselamatan projek ECRL, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) juga akan mempertingkat langkah-langkah kawalan dan mitigasi di lokasi pembinaan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak memaklumkan bahawa beberapa kes kecurian kabel telah dikesan di jajaran ECRL yang merentasi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

kabel

Foto: Carian Google

Insiden-insiden ini bukan sahaja meningkatkan kos baik pulih dan penggantian kabel, malah turut berpotensi menjejaskan jadual ujian dan pentauliahan tren yang dijangka bermula pada Jun 2026.

Sumber: Astro Awani (Asyraf Malik)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Lokal

Hasrat seorang lelaki mengekori ambulans yang membawa neneknya ke hospital bertukar tragedi apabila kereta Perodua Bezza dipandunya melanggar lampu isyarat merah sebelum terbabit dalam...

Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”. Tular panggil rakan...

Sosial

Rakaman aktiviti membeli-belah di Mydin oleh pengguna TikTok @lifewith5rose menjadi tular selepas aksi suami kepada wanita itu menarik perhatian ramai. Dalam video berkenaan, si...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd