Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bapa Reda Pemergian Anak, Namun Kesal Pemilik Ternakan Biar Haiwan Berkeliaran

“Walaupun kami reda dengan pemergiannya, namun tetap ada sedikit rasa kesal kerana pemilik ternakan tidak mempunyai ilmu untuk mengawal haiwan daripada berkeliaran,”

Luah Mohammad Subri Mohd Noor, 50, bapa kepada Siti Sarah Hana, 23, yang maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan ketika mengelak seekor lembu di Jalan Ulu Melaka, Langkawi malam kelmarin.

Keluarga reda pemergian anak tunggal perempuan

reda pemergian anak

Foto: Kosmo!

Menurut laporan Kosmo!, Mohammad Subri berkata keluarganya reda pemergian anak perempuannya daripada tiga beradik itu, namun beliau berpendapat insiden itu tidak sepatutnya berlaku jika pemilik haiwan lebih bertanggungjawab.

Artikel lain: Bayi 11 Bulan Maut! Beli Susu Bertukar Tragedi, Kereta Terbabas Langgar Sekumpulan Lembu

“Penternak seharusnya mempunyai pengetahuan untuk memastikan haiwan mereka dikurung dengan baik, terutamanya pada waktu malam. 
“Tindakan itu bukan sahaja melindungi haiwan, tetapi juga dapat mengelakkan kemalangan seperti yang menimpa anak kami,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Siti Sarah yang bekerja sebagai peniaga tudung di Pantai Cenang meninggal dunia selepas cuba mengelak seekor lembu yang melintas di lokasi kejadian.

reda pemergian anak

Foto: FB Sarah Hana

Mengimbau pertemuan terakhir bersama anak sulungnya itu, Mohammad Subri berkata kali terakhir mereka sekeluarga bertemu ialah pada 18 Oktober lalu semasa makan malam meraikan sambutan hari jadinya.

“Arwah biasanya menyambut hari lahir pada 28 Oktober, tetapi kerana masing-masing sibuk, kami raikan lebih awal. Masa itu saya perasan perubahan pada dirinya, dia kelihatan tidak seceria seperti selalu.
“Ketika saya cuba merakam gambarnya pun, beberapa kali perlu diulang sebab dia kata sukar untuk fokus dan ikut arahan,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! (Othman Yahaya)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di tanah perkuburan di Georgetown, Pulau Pinang direman...

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Lokal

Berkat mengumpul sampah, seorang warga emas dikenali Jaafar Idrus, 74, berjaya mengumpul dana sehingga RM8,000 bagi menampung kos pembedahan mata kirinya melalui aktiviti kitar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd