Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Rata2 Rakyat Korea Selatan Setuju BTS Diberi Pengecualian Khidmat Tentera

Bagi yang mengikuti perkembangan Korea Selatan, pasti mengetahui bahawa negara tersebut mempunyai sistem khidmat ketenteraan bagi setiap warganegara lelaki.

Mereka yang berusia antara 18 hingga 35 tahun dan sihat tubuh badan serta sempurna diwajibkan menyertai khidmat ketenteran selama dua tahun.

Jadi, kerap kita dengar berita artis-artis lelaki Korea Selatan yang mengundurkan diri buat seketika demi menyertai khidmat tentera untuk negara mereka.

Ramai bersetuju BTS tak ikuti khidmat tentera

Namun begitu, menerusi laporan dari Kyodo News, tinjauan pendapat umum di Korea Selatan baru-baru ini menunjukkan 60.9 peratus orang awam bersetuju undang-undang kerahan tenaga mandatori atau khidmat tentera dirombak bagi memberi pengecualian kepada golongan selebriti seperti kumpulan K-pop terkenal dunia, BTS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, tinjauan tersebut ditugaskan oleh Jawatankuasa Pertahanan Nasional Dewan Negara kepada syarikat kaji selidik Korea Selatan, Realmeter.

Tapi kementerian pertahanan keberatan undang2 diubah

Walau bagaimanapun, keputusan kaji selidik itu dipercayai bakal mencetuskan perdebatan mengenai isu tersebut.

Sebelum ini, anggota-anggota parlimen daripada parti pemerintah dan pembangkang telah meminta supaya undang-undang tersebut dirombak.

Namun begitu, Kementerian Pertahanan Korea Selatan seperti agak  keberatan melihat undang-undang itu diubah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anggota parlimen desak pengecualian diperluas

Ketika ini, undang-undang tersebut hanya mengecualikan atlet elit dan pemenang pertandingan artistik daripada menyertai perkhidmatan tentera yang diwajibkan kepada semua lelaki  di negara tersebut.

Akan tetapi, para anggota Parlimen telah mendesak supaya pengecualian kerahan tenaga itu diperluaskan kepada sektor budaya pop.

Walau bagaimanapun, tinjauan pendapat melibatkan kira-kira 1,000 orang di seluruh negara pada Rabu dan Khamis lalu telah  menunjukkan cuma 34.3 peratus rakyat Korea Selatan menentang undang-undang itu dirombak.

Difahamkan, anggota kumpulan BTS yang paling tua iaitu Jin bakal berumur 30 tahun menjelang hujung tahun ini. Jadi, dia perlu memulakan perkhidmatan mandatori di bawah undang-undang semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kyodo News

 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta kediaman rasmi seorang pegawai kanan Tentera Darat, kelmarin, dalam siasatan...

Lokal

Seorangbekas menteri memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima wang rasuah kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah jenis Lamborghini....

Lokal

Seorang juruukur berusia 23 tahun didakwa membunuh ibu kandung serta adik perempuan angkatnya di sebuah rumah di Teluk Air Tawar, Butterworth, pada 10 Disember...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd