Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Raja Salman Undang 1,000 Warga Palestin Ke Tanah Suci Tunaikan Haji

Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud berbesar hati untuk mengundang 1,000 ahli keluarga para syuhada, tahanan rakyat Palestin untuk ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.

Saudi Press Agency melaporkan, Penjaga Dua Masjid Suci itu bakal menjadi tuan rumah kepada 1,300 jemaah yang terdiri dari lebih 88 buah negara.

Manakala, 22 jemaah daripadanya merupakan keluarga kembar siam yang dipisahkan di negara timur tengah itu bagi melaksanakan haji pada tahun ini.

Foto: Middle East Monitor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, inisiatif dibawah seliaan Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan ini merupakan sebahagian daripada Program Penjaga Dua Masjid Suci Tamu Haji, Umrah dan Lawatan yang diadakan pada setiap tahun. 

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan serta Penyelia Am Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdullatif bin Abdulaziz Al Al-Sheikh menjelaskan bahawa pihak kementerian telah membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah seusai perintah diraja dikeluarkan.

Foto: Google

“Perancangan itu bermula apabila jemaah haji berlepas dari negara asal dan memastikan mereka menerima segala kemudahan untuk mengerjakan Umrah dan Haji dengan mudah, serta melawat Madinah dan menunaikan solat di Masjid Nabawi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. 

Susulan itu, beliau telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Raja Salman atas sikap mulia dan keprihatinannya terhadap umat Islam di seluruh dunia.

“Ini mencerminkan keprihatinan berterusan mereka terhadap umat Islam di seluruh dunia dan usaha mereka untuk mengukuhkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan umat Islam dengan menaja mereka melakukan ibadah Haji pada tahun ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdullatif memaklumkan bahawa lebih 60,000 jemaah telah diraikan di bawah program tersebut sejak ia ditubuhkan pada 26 tahun yang lepas.

Sumber: Saudi Press Agency

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks naik kepada 135.7 berbanding 133.6 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan...

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd