Seorang pengguna Threads berkongsi momen lucu apabila bapanya hampir saja menangis kerana risau puding karamel yang dibuat mengikut resepi pempengaruh, Khairul Aming tidak menjadi.
Bapa teruja buat respi puding karamel
Menerusi hantaran yang dibuat oleh dearlynoni, dia telah berkongsi video bapanya yang sedang teruja untuk melihat hasil puding karamel selepas mengikut semua proses membuat pencuci mulut tersebut.
“Kepada Khairul Aming, bapa saya nak nangis sebab bapa buat jadi hahaha,” tulisnya sambil menyertakan gambar puding karamel yang sudah siap.
Bapa sampai menangis risau puding karamel tak jadi
Dia juga turut memuat naik momen bapanya yang merenung loyang terisi puding terbabit yang belum lagi diterbalikkan.
Apa yang lucu adalah reaksi bapa yang menangis kerana risau puding yang dihasilkan tidak menjadi.
“Tengoklah sebelum nak angkat loyang, bapa nervous puding tak jadi, hahaha penatlah,” ujarnya lagi.
Seronok tengok dia gembira puding jadi
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata terhibur dengan reaksi bapa pengguna Threads berkenaan.
Mereka juga mengakui bahawa keterujaan menghasilkan resepi pada bulan Ramadan mengikuti perkongsian daripada pempengaruh mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Jadi pengerat hubungan keluarga
Kita pun tumpang seronok
Dia punya berdebar kita pun sama ikut debar
Artikel lain: Rai Bersama Khairul Aming! Pelanggan Bertuah Jadi Orang Pertama Sambut ‘Birthday’ Di Rembayung
Ketika ini, resepi-resepi yang dikongsikan Khairul Aming di media sosial menjadi tular apabila ramai rakyat Malaysia mencubanya di rumah.
Pelbagai hasil kejadian dimuat naik di media sosial sehingga menjadi gurauan netizen yang mengikuti perkongsian resepi-resepi terbabit.
Sumber: Threads dearlynoni







































