Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Program Kewarganegaraan Untuk Warganegara Malaysia, Bukan Warga Asing – Adun

Adun Stulang, Andrew Chen menjelaskan ‘Program Taklimat dan Penerangan Kewarganegaraan’ adalah untuk memberi penerangan, kesedaran dan pemahaman kepada warganegara Malaysia yang ahli keluarganya menghadapi masalah ketiadanegaraan (statelessness).

Menerusi satu kenyataan, Andrew berkata, program yang dijadualkan berlangsung 30 Jun ini di Johor tersebut bukan untuk membantu warga asing untuk memohon kewarganegaraan.

Foto: andrewchenkaheng.com

“Program taklimat ini telah direncanakan bagi memberi pemahaman yang lebih jelas kepada golongan ini dalam berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan, terutamanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia, dan lain-lain.
“Kami tidak sama sekali pernah bermaksud untuk menjanjikan status kewarganegaraan kepada sesiapa, kerana perundangan berkaitan status ini jelas termaktub dalam perlembagaan negara dan proses yang telah ditetapkan oleh JPN juga wajib dipatuhi,” katanya.

Beliau juga berkata, penduduk yang menghadapi masalah isu kewarganegaraan sering mendatangi Pusat Khidmatnya, dan isu tersebut wujud dalam pelbagai faktor seperti keruntuhan rumah tangga yang membawa kepada pendokumentasian anak terabai sehingga menjejaskan masa depan mereka.

“Akibatnya, anak tersebut tercicir dari mendapatkan pendidikan dan bantuan kesihatan, terpaksa bekerja buruh diusia muda, terdedah kepada masalah sosial, tidak layak memiliki passport untuk ke luar negara, dipandang serong oleh masyarakat dan berkemungkinan besar “statelessness” status tersebut terus diwarisi,” jelasnya.

Chen turut memaklumkan pihaknya akan membantu dalam membuat semakan atau rayuan dari jabatan berkaitan bagi menangani kes permohonan yang telah lama diajukan kepada jabatan Kerajaan tetapi atas sebab-sebab tertentu ianya tidak dapat diproses.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Chen juga berharap kekeliruan yang telah timbul dan spekulasi mengenai isu tersebut tidak lagi diperbesarkan oleh beberapa pihak yang lain.

Foto: FB Andrew Chen

Sebelum ini, penganjuran program kewarganegaraan tersebut telah mendapat kecaman beberapa pihak, antaranya Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambrose yang berpandangan program seumpama itu sepatutnya diserahkan kepada JPN, manakala Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari pula menyifatkan tindakan tersebut sebagai berbahaya dan boleh diumpamakan seperti sedang ‘membakar negara’.

Untuk makluman, penganjuran program tersebut pada mulanya dinamakan sebagai “Program Permohonan Kewarganegaraan” namun ia telah ditukar kepada Taklimat dan Penerangan Kewarganegaraan” dan telah ditangguhkan selepas mendapat kecaman daripada orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB Andrew Chen

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Sosial

Seorang pemuda tampil menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat dengan mendakwa dirinya anak kepada wanita dikerat, sambil menceritakan semula hubungan ibunya dengan...

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Sosial

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal muncul calon pertama yang dipilih untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama misi Sumud...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd