Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PETRA Perkenal Program CREAM, Penuhi Komitmen ESG Pengunaan Tenaga Elektrik Hijau

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah memperkenalkan Program Community Renewable Energy Aggregation Mechanism atau Program CREAM bagi menyokong Kerajaan meningkatkan akses bekalan elektrik hijau sebagai tarikan kepada pelaburan bernilai tinggi.

Program ini yang dilaksanakan menerusi mekanisma agregasi solar di bumbung bangunan akan membolehkan penggabungan ruang bumbung premis kediaman untuk penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) kepada pengguna hijau setempat dilakukan.

PETRA perkenal Program CREAM demi komitmen ESG

Program CREAM

Foto: Wilayahku

“Sebagai panduan dan kawal selia kepada pihak industri dan pihak berkepentingan, Suruhanjaya Tenaga telah menyediakan Garis Panduan Program CREAM, yang merupakan kesinambungan kepada Program Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS),” kata PETRA dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, program ini akan membenarkan penyertaan komuniti setempat dalam usaha peralihan tenaga berdasarkan konsep akses grid terbuka dengan beberapa ketetapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antaranya, aktiviti penjana TBB dan pembekalan elektrik hijau hanya boleh dilaksanakan di peringkat pengagihan dan penyaluran bekalan elektrik hijau kepada pengguna hijau setempat menerusi sistem rangkaian pengagihan milik pihak utiliti iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Selain itu, agregasi ruang bumbung bangunan untuk penjanaan solar boleh dilakukan oleh penjana TBB setempat berpandukan kepada perundagan dan peraturan yang berkuatkasa.
“Ketetapan terakhir adalah penjualan tenaga elektrik hijau daripada penjana solar setempat kepada pelanggan pengguna komersial dan domestik yang berhasrat mendapatkan bekalan elektrik hijau dibenarkan dalam radius lima kilometer,” jelas PETRA.

Sementara itu, mengambil kira bahawa pelaksanaan program agregasi bumbung bagi pembangunan sistem jana kuasa solar PV julung kali diperkenalkan di negara ini, Program CREAM akan dilaksanakan mengikut beberapa terma dan syarat.

Artikel lain: Nahas Kluang: Lima Termasuk Sepasang Suami Isteri, Anak Dua Tahun Maut

“Penjana TBB Setempat (PTS) perlu membangunkan sistem jana kuasa solar PV di bumbung premis kediaman yang telah diagregasikan dan perlu bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengendalikan urusan pajakan bumbung dengan pemilik rumah untuk diagregasikan bagi pembangunan sistem jana kuasa solar PV,” ujar PETRA.

Foto hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Pengguna Hijau Setempat (PHS) yang membeli bekalan hijau daripada PTS adalah terbuka kepada mana-mana kategori pengguna yang berada dalam lingkungan jarak lima kilometer radius daripada sumber penjanaan.

Pembekal daripada PTS dan PHS juga perlu menerusi konfigurasi penyambungan secara langsung (direct connection) melalui sistem rangkaian pengagihan syarikat utiliti bagi memastikan pembekalan dan permintaan bekalan elektrik teratur serta perancangan bekalan elektrik yang menyeluruh.

“Pada masa yang sama, bagi meningkatkan kestabilan sistem dan meminimumkan gangguan kepada sistem pembekalan ekoran peningkatan kapasiti penjanaan daripada sumber solar yang intermittent, pihak syarikat utiliti akan membangunkan penyelesaian pengimbangan pembekalan setempat (localised supply balancing solutions),” kata PETRA.

Program CREAM menyediakan opsyen baharu bagi bekalan elektrik hijau kepada pengguna untuk memenuhi komitmen environmental, social and governance (ESG) dalam aspek penggunaan bekalan elektrik hijau.

Selain itu, pelaksanaannya berdasarkan prinsip akses grid terbuka akan memastikan program ini adalah bersifat kos neutral kepada sistem pembekalan elektrik dan tidak memberikan implikasi kenaikan tarif kepada pengguna elektrik secara umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketetapan berkaitan pelaksanaan program ini akan diperincikan dalam Garis Panduan Community Renewable Energy Aggregation Mechanism yang boleh diakses mulai 28 Mac 2025 dan boleh dimuat turun melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga di www.st.gov.my.

PETRA yakin pelaksanaan program CREAM berupaya untuk memangkin pembangunan serta usaha peralihan tenaga sektor bekalan elektrik, terutamanya untuk meningkatkan campuran kapasiti TBB kepada 40% menjelang tahun 2035 dan 70% pada tahun 2050.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd