Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Nafi Dakwaan Kereta Warga Singapura Sering Jadi Sasaran Pencuri

Polis Johor menafikan dakwaan seorang warga Singapura yang mengatakan bahawa kereta dari negara tersebut sering menjadi sasaran pencuri ketika berada di Malaysia.

Menurut satu laporan Majoriti, Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan jauh menyimpang daripada realiti yang sebenar.

Foto: Majoriti

“Hantaran itu agak keterlaluan. Polis sentiasa komited untuk memastikan keselamatan semua, termasuk warga Singapura yang datang ke sini.
“Purata 250,000 kereta berdaftar Singapura memasuki Johor setiap hari dan jika semua kereta ini dipecahkan tingkapnya, maka kita akan melihat ramai orang membuat laporan di balai polis di sini,” katanya pada Isnin.

Beliau juga berkata, kes kereta dipecah masuk merekodkan peratusan yang agak rendah dan juga merupakan insiden biasa, malah rakyat Malaysia juga sering menjadi sasaran pencuri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Untuk mengatakan kenderaan berdaftar Singapura sentiasa menjadi sasaran pencuri adalah tidak betul kerana polis juga menerima laporan rakyat Malaysia bahawa kereta mereka dipecah,” ujar beliau.

Foto: FB SG Kaypoh 人!

Raub juga menasihati kepada semua pemilik kereta untuk menjaga barang berharga mereka dan tidak sepatutnya meninggalkan barang-barang tersebut di dalam kenderaan mahupun meletakkan di kawasan gelap atau kawasan berbahaya.

“Sebagai sebahagian daripada inisiatif pencegahan jenayah kami, polis telah meningkatkan masa rondaan, terutamanya pada waktu malam,” katanya lagi.

Terdahulu, terdapat warga Singapura bertindak memuat naik satu hantaran gambar di akaun Facebook SG Kaypoh 人! yang memperlihatkan nota bersaiz A4 bertulis ‘Tolong jangan pecahkan tingkap saya lagi, tiada apa-apa untuk dicuri’ ditampal di dalam cermin kereta berwarna hitam pada 5 Mei lalu.

https://www.facebook.com/sgkaypohlah/posts/pfbid0uCLHde4LS3u3nyqZCRE37BJHM1dpQGm39n37BQXh1zCFaNuRtGQQUbyk4q2oBtail?__cft__[0]=AZUDA1HmuXFTS-lvFZzj69PfsAT7Zj5g1Q663i_KZBQjNHC2j55gzTMk0kpnHLa8WNmqe_vO65cUidRIcvsY_Lobl2ijW2EOmyZp7A6Iky0tuTphzTaqZwHnoE6XcnbPv_XT6Qd5Irg9lQ81YaMZ9E7Dmfb5TeMhkznT-yjE7Ha4I3UNMQRVUJ8bqHx_iYnAP0wrnBiYmDx5v1TdErZPrQaQ&__tn__=%2CO%2CP-R

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, hantaran itu juga turut menyarankan kepada pemilik kenderaan warga Singapura yang lain supaya melakukan perkara sama apabila memasuki Malaysia.

Sementara itu, ruangan komen di hantaran tersebut dipenuhi dengan maklum balas yang positif dan negatif, dimana ada yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut.

Harap faham English..

Kereta Singapura target sesuai

Perkara biasa

Terdapat juga rakyat Malaysia yang berang dengan hantaran itu dan menasihati kepada orang Singapura untuk tidak memasuki Malaysia sekiranya takut kereta mereka dipecah masuk pencuri.

Duduk je dalam Singapura..

Siapa suruh tinggalkan barang berharga?

Tak payah masuk Malaysia terus!

Untuk makluman, kerajaan menggalakkan kemasukan pelancong dari Singapura ke Malaysia melalui sempadan Johor-Singapura supaya dapat menyumbang kepada ekonomi negara khususnya di Johor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Majoriti (Hamizah Gunawan)

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd